Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, November 7, 2016

Cakap jer bunyi gedebe.......rupanya taklah berani mana!

Donald Trump dipaksa turun pentas 
Astro Awani |  November 06, 2016 11:59 MYT
Donald Trump dipaksa turun pentas
Trump (tengah) ditarik turun oleh dua orang ejen keselamatan Secret Service. - AP
NEVADA: Calon presiden Republikan Donald Trump dipaksa turun daripada pentas selepas berlaku kekecohan ketika mengadakan rapat umum di Nevada, Amerika Syarikat (AS).

Trump ditarik turun oleh dua orang ejen keselamatan, sementara beberapa ejen yang lain menahan seorang lelaki yang berada di hadapan pentas.

Tidak lama kemudian Trump yang kelihatan tenang, kembali ke pentas dan meneruskan ucapan kempen beliau.

"Tiada siapa yang kata ia akan menjadi mudah bagi kami. Tetapi kita tidak akan berhenti," katanya di hadapan penyokong di pusat konvension Reno-Spark pada Ahad.

Insiden berlaku selepas seorang lelaki tidak dikenali menjerit perkataan "gun" (senjata api) ketika berada di hadapan pentas ucapan.

"Perkhidmatan Rahsia AS dan anggota polis Reno kemudiannya menahan suspek. Selepas melakukan pemeriksaan terhadap subjek dan keadaan sekitar tiada senjata ditemui,
"Satu siasatan menyeluruh sedang dijalankan pada masa ini oleh Perkhidmatan Rahsia AS dan Jabatan Polis Reno," kata Trump dalam kenyataan.

Kejadian itu berlaku ketika kedua-dua calon memperhebat kempen saat akhir sebelum hari pengundian 8 Nov ini.

Sementara itu, Trump mengucapkan terima kasih kepada penguatkuasaan undang-undang Perkhidmatan Rahsia AS, Reno dan Nevada atas tindak balas yang cepat dan profesional mereka.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa