Pengumuman

Mulai esok (11 Julai 17) blog ini tidak akan diupdate Oleh kerana blog ini dan blog yang satu lagi mengandungi bahan yang sama, saya rasa adalah wajar untuk menghidupkan satu blog sahaja iaitu mountdweller88 untuk dilayari dengan mudah tanpa gangguan insya Allah Saudara/saudari persilakan ke - mountdweller88.blogspot.com

Tuesday, November 8, 2016

Ini apa punya gila pulak ni?

Lelaki OKU Kesal Disaman Kerana Parkir Petak OKU
Published on Nov 8, 2016
Adakah menjadi satu kesalahan apabila individu yang telah berdaftar sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) meletakkan kenderaan mereka di petak OKU?  Inilah persoalan yang ditimbulkan seorang lelaki OKU selepas keretanya disaman penguatkuasa di Jalan Tenaga, Seberang Jaya, pagi tadi.

Kesal dengan tindakan penguatkuasa tempatan itu, lelaki yang menggunakan nama akaun Facebook Tuan Anas Mikael memuat naik beberapa keping gambar termasuk surat saman dan pelekat OKU dengan kapsyen mahukan netizen menilai sendiri situasi yang dihadapinya.

Jelasnya, dia disaman kerana meletakkan kenderaan di dalam petak OKU walaupun sudah jelas di hadapan cermin keretanya sudah diletak pelekat OKU.

Kesalahannya adalah dibawah Perintah 20 (2) iaitu ingkar tanda dan isyarat di tempat letak kereta.

“OKU kena saman sebab paking kat petak OKU..hampa (anda) nilai sendiri la tahap kebodohan dia mcm mana..ni la payah dh bagi kuasa menyusahkan orang.

“Siapa yang kenal mamat yang saman aku ni hampa (anda) tolong pesan kt dia kalau rabun pkai spec jgn dok menyusahkan org sgt..maap la ckp kasaq..mmg sakit hati,” katanya yang sudah memperolehi kad OKU sejak 10 tahun lepas.

Menurutnya, disebabkan kejadian itu, dia terpaksa ke pejabat Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) untuk menyelesaikan saman dan membuat aduan sekaligus menjelaskan keadaan sebenar.

Dia bagaimanapun mengakui ada sesetengah rakyat negara ini yang menggunakan petak OKU sewenang-wenangnya tetapi penguatkuasa perlulah peka sekiranya kenderaan tersebut sudah mempunyai pelekat OKU atau sebaliknya sebelum mengeluarkan saman.

Netizen turut berkongsi pendapat mereka dengan menyatakan kad OKU perlu diletakkan di tempat yang mudah dilihat sekiranya meletakkan kenderaan di petak OKU kerana pelekat OKU itu mudah diperolehi dan boleh disalahgunakan.

Namun, Tuan Anas Mikael menjelaskan, kad tersebut turut digunakan untuk urusan lain dan tidak boleh ditinggalkan dengan mudah.

Ada netizen juga mahukan penguatkuasa tersebut dikenakan tindakan kerana mengeluarkan saman tanpa usul periksa.

Bagaimanapun, lelaki tersebut dalam posting terbarunya sudah memaafkan penguatkuasa tersebut sekaligus memadamkan status tersebut.

“Harap lepas ni tak jadi lg la benda mcm ni..kalau nk buat sticker khas or apa make sure maklumat tu sampai kt semua oku..tak semua oku taw pasal sticker khas tu,” tulisnya. – MYNEWSHUB.CC

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa