Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, November 3, 2016

Isu rasuah kakitangan JHEAT: Serius? Takkan nampak yang ni jer.....yang mega-mega tu bagaimana?

Isu rasuah kakitangan JHEAT dipandang serius
MOHD AZLIM ZAINURY - 1 NOVEMBER 2016
Mohd Nor Hamzah

MARANG – Pas Negeri Terengganu memandang serius mengenai perkembangan tidak sihat iaitu gejala rasuah yang didakwa berlaku dalam kalangan kakitangan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).

Ketua Penerangannya, Mohd Nor Hamzah berkata, perkara itu bukan dakwaan biasa apabila kertas siasatan dan penahanan beberapa orang kakitangan JHEAT sudah pun dilakukan bagi membantu siasatan.

Malah katanya, ada juga kakitangan terbabit yang telah dihadapkan ke mahkamah.

“Ada dua kes besar ingin Pas Terengganu berikan perhatian iaitu kes penyelewengan pembekalan pemasangan karpet di beberapa masjid dan surau di negeri ini yang melibatkan tuntutan sebanyak lebih RM1 juta dan kes pemalsuan surat serta kad nikah.

“Atas hal ini, beberapa individu telah dibawa ke mahkamah bagi sebutan kes,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian di sini, malam kelmarin.

Mohd Nor yang juga Adun Bukit Payong berkata, Pas Negeri Terengganu memandang serius perkara yang berlaku kerana ia membawa kepada runtuhnya kepercayaan rakyat terhadap agama Islam.

“Apabila pihak dipercayai menjaga agama Islam, menyeleweng dari landasannya kerana terpedaya dengan wang, Pas Terengganu berharap akan ada pihak dipertanggungjawabkan dalam kes kehilangan wang rakyat Terengganu ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan tahniah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di atas kejayaan itu dengan harapan ia dapat menjadi peringatan bagi yang masih mahu melakukannya.

“Bagaimanapun Pas Terengganu menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan SPRM dan mahkamah dalam menentukan keputusan terbaik berkaitan isu penyelewengan JHEAT ini,” katanya.

Dalam masa sama, beliau berharap ‘lumpur yang terpalit’ kepada JHEAT akibat perbuatan mereka yang ‘hina’ itu akan dapat diselesaikan segera, agar nama baik Islam terpelihara.

“Pas Terengganu tidak dapat menyembunyikan rasa bimbang sekiranya agama Islam yang suci dan mulia serta tinggi ini turut terpalit kekotoran lumpur dibawa oleh golongan lain yang kononnya dikatakan sebagai pihak melindungi Islam.

“Tetapi sebaliknya berlaku, mereka sebenarnya sebagai pihak yang mengotori Islam itu sendiri. Apalagi jika ia dijadikan sebagai modal oleh golongan pembenci Islam bagi menambahkan lagi nilai kebencian mereka,” katanya.

* Takkan itu jer yang PAS nampak?  Yang lebih besar puak hang dok sokong!

1 comment:

  1. Dr dulu sampai skrg walaun paih makan taik bileh saja.......pemimpin tarap maksum makan pucuk muda, bini pun muda2, takde pun yg kawin ibu tunggal. Bila nak saman SR? Sapa kata ameno saja kencing, Tok adi pun kencing juga.....walaun nga nga! Kah kah kah!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa