Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, November 2, 2016

Khairuddin minta KSN jawab

*KETUA SETIAUSAHA NEGARA TOLONG JAWAB KENAPA BUDAK PENGKHIANAT RIZA AZIZ BERADA DALAM PESAWAT KERAJAAN MALAYSIA?!*

"Ketua Setiausaha Negara (ksn) tolong jawab kepada keseluruhan 30 juta rakyat Malaysia kenapa budak pengkhianat kepada bangsa, agama dan tanahair ini berada di atas pesawat khas kerajaan bersama rombongan perdana menteri paling korup ke negara China?!"_

Riza Aziz yang telah mengkhianati rakyat dan negara Malaysia tidak layak sama sekali untuk menjejak kakinya di atas pesawat khas milik kerajaan Malaysia!!

Budak pengkhianat ini sudah pun dimaklumkan oleh Kabatan Peguam Negara Amerika Syarikat bersekongkol dengan Jho Lo menyeleweng berbillion ringgit wang rakyat dari syarikat 1MDB!!

*Saya nak tanya Ketua Setiausaha Negara apakah jawatan Riza Aziz dalam kerajaan?!* Apakah mungkin pengkhianat negara yang tiada kaitan langsung dengan kerajaan dibenarkan mengguna kemudahan kerajaan Malaysia!!

Bagi saya ini juga adalah sebahagian daripada salahguna kuasa Perdana Menteri paling korup!! *Anak tiri beliau adalah simbol kebencian serta kekecewaan rakyat Malaysia* yang menentang amalan rasuah serta penyelewengan!!

Dalam isu ini, *Ketua Setiausaha Negara sedang berhutang penjelasan kepada semua rakyat Malaysia kerana amalan ini amat bercanggah dengan etika perkhidmatan awam mahupun kerajaan Malaysia!!*

Ketua Setiausaha Negara jangan ambil mudah dan isu ini!! Beliau mesti terang dan beri justifikasi kepada semua pembayar cukai kenapa perkara ini dibenarkan berlaku?!

"Apakah mungkin penyangak pengkhianat negara dibenarkan mengguna kemudahan milik kerajaan Malaysia?!"

KHAIRUDDIN ABU HASSAN
2 Nov 2016

2 comments:

  1. Mat Riza Porno nak intai peluang bikin filem

    porno China- De Hamsat From Canton!

    ReplyDelete
  2. Apa la khairuddin, jawatan depa pun tak tau.

    1 YAB KEPALA PEROMPAK
    2 YAB IBU PEROMPAK
    3 YAB ANAK TIRI PEROMPAK

    ikut istilah bahasa indonesia

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa