Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, November 8, 2016

Mamat sepet ni dapat AS$4 juta hasil berkaitan 1MDB

'Saya buat AS$4 juta hasil perjanjian berkaitan 1MDB'
mk  -  Hari ini, 8:25 malam
Seorang saksi pendakwaan memberi keterangan di mahkamah Singapura bahawa beliau menerima sogokan lebih AS$4 juta kerana peranannya sebagai rakan kongsi bekas pegawai bank BSI Yeo Jiawei berkaitan urusan dengan 1MDB, lapor Straits Times Singapura hari ini.

Bekas pegawai kanan firma, NTUC, Samuel Goh Sze-Wei, ketika pemeriksaan balas oleh peguam Yeo, Philip Fong, berkata beliau menerima separuh daripada AS$1.795 juta yang dibuat sepanjang dua tahun oleh Bridgerock Investment, sebuah syarikat Yeo.

Ketika memberi keterangan pada hari kelima perbicaraan Yeo, Goh, 41, yang kini menganggur, berkata beliau juga menerima lebih AS$ 2.25 juta daripada perjanjian lain yang melibatkan Aabar Investments PJS, pemegang saham utama Falcon Bank.

Beliau adalah saksi pendakwaan kedua untuk memberi keterangan.

Falcon Bank adalah bank kedua yang ditutup oleh Money Authority of Singapore, selepas BSI.

Yeo berdepan empat pertuduhan menyalahgunakan proses keadilan kerana didakwa menggesa saksi berbohong kepada polis ketika beliau dibebaskan atas jaminan, selepas polis menahannya pada 17 Mac.

Kesnya itu adalah berkaitan dengan siasatan pengubahan wang haram terbesar di Singapura yang berkaitan dengan 1MDB.

Beliau juga menghadapi beberapa pertuduhan pengubahan wang haram, penipuan dan pemalsuan dalam perbicaraan yang berasingan dijadualkan tahun depan.

Goh, yang dianggap sebagai antara saksi utama pendakwaan, minggu lalu memberitahu mahkamah bahawa Yeo meminta bantuannya menubuhkan sebuah syarikat perantara bagi memudahkan pembayaran daripada syarikat pesisir 1MDB, Brazen Sky yang dikuasai oleh Yeo dan bekas penyelia bank BSI Kevin Swampillai.

Swampillai adalah saksi pertama pendakwaan yang memberi keterangan minggu lalu.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa