Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, November 13, 2016

MENAKJUBKAN!!: Penguin sanggup berenang 5000 Kilometer 'Lawat' Penyelamatnya Setiap Tahun!

MENAKJUBKAN !! Penguin Sanggup Berenang 5000 Kilometer 'Lawat' Penyelamatnya Setiap Tahun... Binatang pun tahu berTERIMA KASIH..KITA??
Diterbitkan 04:54
BRAZIL . Siapa sangka, seekor penguin yang pernah diselamatkan oleh seorang nelayan akan kembali semula "melawat" penyelamatnya itu setiap tahun. 

Joao Pereire de Saouza, 71, nelayan dari sebuah perkampungan di pinggir Rio de Janeiro, Brazil menjumpai seekor penguin yang sakit terdampar di atas batu pada tahun 2011.

Penguin yang kelaparan serta dipenuhi minyak itu kemudiannya dirawat oleh Pereire de Saouza sehingga kembali pulih dan menamakan haiwan laut itu sebagai Dindim.

Selepas penguin itu kembali pulih, Pereire de Saouza melepaskan semula ke laut namun dia tidak menyangka haiwan itu kembali semula mencarinya selepas beberapa bulan kejadian tersebut.

Menurut Pereire the Saouza, Dindim tinggal bersamanya selama 11 bulan dan akan pergi ketika proses penukaran kulit.

"Semua orang menyangka dia tidak akan kembali namun haiwan itu pulang semula melawatnya sejak empat tahun lalu.

"Dindim akan tiba pada bulan Jun dan akan kembali semula ke laut pada bulan Februari," katanya kepada Globo TV.

Penguin itu dipercayai berenang lebih 5,000 kilometer setiap kali dia kembali kepada warga emas itu.

"Saya menyayangi  penguin tersebut seperti anak sendiri dan percaya haiwan itu juga menyukainya,' katanya.

Menurut Pereire de Saouza, tiada siapa dibenarkan untuk menyentuh penguin itu kerana haiwan itu akan mematuk individu lain.

"Saya turut akan memandikannya, menyuapkan makanan malah ia turut selesa tidur di ribanya.

Sementara itu, ahli biologi Joao Paulo Krajewski berkata, dia tidak pernah melihat perhubungan seperti ini sebelum ini.

"Saya rasa penguin tersebut percaya lelaki itu adalah sebahagian daripada keluarganya," katanya. - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa