Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, November 10, 2016

Pengacara Bernama TV digantung: Rupanya gini ceritanya.......masa tu aku tak ambil pot pun!

Pengacara Bernama TV dakwa digantung kerana 'pendedak'
mk - 27 Okt 2016, 7:01 malam

Pengacara popular Ruang Bicara Bernama TV, Dahlan Maamor digantung daripada menjadi hos program itu selepas mendakwa mendapat 'protes hebat daripada media Umno'.

Tindakan itu dikatakan dibuat selepas Dahlan menulis di Facebook mengenai pandangan peguam Adnan Seman yang memohon Datuk Seri Najib Razak berfikir secara serius untuk berundur.

Difahamkan Adnan sebelum itu dijemput sebagai tetamu dalam program berkenaan.
Surat menggantung Kerja. Secara rasmi. Saya ucapkan terima Kasih. Semoga Allah Melindungi semua.
Cuma kalau nak jadi boss jangan lah nama staff pun tak Betul. Maamor bukan makmur.

Dahlan berkata, tindakannya menyiarkan pandangan Adnan di media sosial dibantah oleh Setiausaha Bahagian Media Umno Malaysia, Datuk Ahmad Kamal Zailani.

Sambil menyertakan paparan kiriman WhatsApp oleh Ahmad Kamal, Dahlan berkata Pengerusi Bernama, Datuk Seri Azman Ujang kemudian bertindak menggantungnya. 

"Protes hebat daripada media Umno oleh Dato Kamal Zailani membawa kepada tindakan DS Azman Ujang yang tak profesional dan pendedak dalam pembikinan tanpa memikirkan sumbangan saya kepada Bernama TV bertindak "menggantung saya" daripada mengacarakan program Ruang Bicara.

"Kepada Azman Ujang teruskan perangai anda dengan menghukum tanpa kaji selidik dan sikap anda membuatkan ramai yang turut terkilan dan bosan," katanya.

DDahlan Maamor
about 2 weeks ago
SELAMAT TINGGAL Ruang Bicara.
Protes hebat daripada media umno oleh dato Kamal Zailani membawa kepada tindakan DS Azman ujang yang tak profesional dan pendedak dalam pembikinan tanpa memikirkan sumbangan saya kepada Bernama tv bertindak "menggantung saya" daripada mengacarakan program Ruang Bicara. Saya Bermula sejak BTV dilancarkan.
Kepada Azman ujang teruskan perangai anda dengan menghukum tanpa kaji selidik dan sikap anda membuatkan ramai yang turut terkilan dan bosan.
M...
See More
Menulis di Facebook dengan tajuk 'Selamat Tinggal Ruang Bicara', Dahlan turut menafikan beliau mahu menjatuhkan kepimpinan Bernama, tetapi mendakwa menjadi mangsa pengamal media seperti Azman.

"Menuduh saya untuk menjatuhkan saf kepimpinan di Bernama agak keterlaluan. Dan ia bukan matlamat saya. Saya bukan orang politik tapi hari ini orang sekecil saya pun menjadi mangsa orang media seperti Azman Ujang," tulisnya.

Malaysiakini sedang cuba menghubungi Dahlan dan Azman untuk mendapatkan reaksi lanjut.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa