Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, November 6, 2016

Sabah: Culik lagi!

Dua tekong kapal nelayan dipercayai diculik di perairan Kinabatangan
Asro Awani - November 05, 2016 21:13 MYT
Dua tekong kapal nelayan dipercayai diculik di perairan Kinabatangan
Dua tekong kapal nelayan dipercayai diculik di perairan Kertam, Kinabatangan hari ini, menurut Persatuan Nelayan Sabah. -Gambar hiasan
SANDAKAN: Dua tekong kapal nelayan dipercayai diculik di perairan Kertam, Kinabatangan hari ini, menurut Persatuan Nelayan Sabah.

Menurut sumber persatuan itu, tekong dua kapal nelayan itu ialah warga Indonesia dan kedua-dua kapal berdaftar di Sandakan.

Menurutnya dalam kejadian yang didakwa berlaku antara 11 pagi hingga 12 tengah hari itu, sebuah bot laju dinaiki beberapa lelaki bersenjata dikatakan menghampiri dua kapal nelayan tersebut dan 'melarikan' dua tekong berkenaan.

Katanya ketika kejadian terdapat tiga kapal nelayan tetapi sebuah kapal nelayan berjaya meninggalkan kawasan perairan selepas terdengar isyarat di radio berkaitan insiden tersebut.

"Kru kapal nelayan tidak diapa-apakan dan meneruskan perjalanan balik ke Sandakan.

"Saya dimaklumkan dua kapal nelayan itu dan kru kini berada di pangkalan Pasukan Polis Sandakan," katanya kepada Bernama di sini.

Sementara itu, Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) Datuk Wan Bari Wan Abdul Khalid berkata pihaknya masih menunggu laporan mengenai insiden itu.
Ketua Polis Daerah Kinabatangan Supt A. Sahak Rahmat berkata pihaknya belum dapat memberi pengesahan dan masih menyiasat laporan insiden tersebut.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa