Pengumuman

Mulai esok (11 Julai 17) blog ini tidak akan diupdate Oleh kerana blog ini dan blog yang satu lagi mengandungi bahan yang sama, saya rasa adalah wajar untuk menghidupkan satu blog sahaja iaitu mountdweller88 untuk dilayari dengan mudah tanpa gangguan insya Allah Saudara/saudari persilakan ke - mountdweller88.blogspot.com

Thursday, November 10, 2016

Sah! ‘Pemanggil wanita’ mahu pengacara ditukar: Agak-agak siapa tuu.....?

Sah! ‘Pemanggil wanita’ mahu pengacara ditukar
Kow Gah Chie      Hari ini, 3:05 petang
Seorang pegawai kanan Bernama News Channel (BNC) atau dahulunya dikenali sebagai Bernama TV mengesahkan bahawa pengacara Ruang Bicara, Datuk Dahlan Maamor tidak dibenarkan menjadi hos program yang membincangkan tentang program Permata Negara (PERMATA).

Malah, pegawai kanan BNC yang enggan namanya disiarkan itu turut memberitahu, tindakan tersebut dibuat berdasarkan arahan daripada pihak atasan yang tidak membenarkan Dahlan menjadi pengacara program berkenaan.

"Kami telah diarahkan untuk tidak membenarkan dia ke udara untuk program ini, mungkin disebabkan apa yang telah dilakukannya sebelum ini atau mungkin mereka ada masalah dengannya.

"Saya tak tahu dan saya tidak mahu membuat kesimpulan.

"Jika arahan itu datang daripada pihak atasan, apa yang kita boleh buat. Jika ia datang daripada Pejabat Perdana menteri, kita perlu mematuhinya," kata pegawai berkenaan kepada Malaysiakini.

Bagaimanapun, beliau memberitahu bahawa pemanggil tersebut iaitu seorang wanita - tidak menjelaskan sebab arahan berkenaan dikeluarkan kepada penerbit.

Seperti amalan biasa, pegawai itu berkata susunan penyampai yang akan mengacara sesebuah segmen adalah berdasarkan jadual.

Katanya, pengurusan BNC juga tiada masalah dengan Dahlan mengacarakan segmen PERMATA yang menjemput Pengerusi Jawatankuasa Kerja Program PERMATA, Datuk Seri Siti Azizah Sheikh Abod dan Penasihat bahagiannya, Tan Sri Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahbudin sebagai tetamu.

Pegawai berkenaan itu juga bagaimanapun enggan mendedahkan identiti pemanggil wanita tersebut.

Pengerusi Agensi Berita Nasional Bernama, Datuk Seri Azman Ujang pula enggan mengulas mengenai insiden berkenaan.

"Perkara ini belum lagi dibawa ke perhatian saya. Saya rasa lebih baik untuk tidak komen," kata Azman.

Sementara itu, pembantu kepada isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Datuk Rizal Mansor pula memberitahu bahawa pihaknya tidak tahu mengenai kejadian berkenaan.

"Saya tak tahu menahu. Harap dapat rujuk ke Bernama," katanya ringkas.

Semalam, Dahlan menulis di Facebooknya memohon maaf kepada peminat Ruang Bicara kerana tidak dibenarkan menjadi hos program berkenaan.

Katanya apa yang berlaku di luar jangkaan beliau kerana beliau yang sepatutnya menjadi hos program tersebut ditukar dengan individu lain kira-kira 20 mini menjelang siaran langsung.

Dahlan sebelum ini mendakwa digantung kerja selepas menerima protes hebat daripada media Umno.

Tindakan itu dibuat seepas beliau menulis di Facebok mengenai pandangan peguam Adnan Seman yang memohon perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berfikir secara serius untuk berundur.

Agensi berita negara itu bagiamanapun menarik balik penggantungannya selepas seminggu Dahlan digantung tugas.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa