Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, November 5, 2016

Seram: Betul ke ini hantu?

Seram: Gambar ‘Hantu’ Muncul Selepas Nahas Di JB
Published on Nov 4, 2016 
SEKEPING gambar satu kemalangan jalan raya telah tersebar dengan meluas susulan terdapat figura menakutkan yang dirakam secara tidak sengaja di tempat duduk hadapan kereta tersebut.

Imej dikirim seorang pembaca Mynewshub itu menunjukkan sekumpulan orang ramai mengelilingi sebuah kereta Proton Wira berwarna putih yang rosak teruk di bahagian belakang mungkin akibat dilanggar oleh kenderaan lain.

Namun, apabila gambar kemalangan itu berjaya dirakam, terdapat sosok tubuh yang menyerupai seorang wanita bertudung hitam sedang duduk sambil menyeringai ke arah jurukamera, seperti ‘suka’ gambarnya diambil pula!

Lihat sendiri gambar yang telah diterangkan ini, dan juga versi asal yang telah kami zoom-in:
 
Tidak diketahui sama ada penampakan tersebut merupakan jelmaan roh mangsa kemalangan, ataupun hasil suntingan Photoshop, namun imej wanita msiteri itu yang pastinya memang nampak asli.

Menurut sumber itu lagi, kemalangan tersebut berlaku berhampiran dengan pusat beli-belah terkenal Angsana Johor Bahru, Johor.

Bagaimanapun, setakat ini tiada laporan rasmi yang dapat diperoleh untuk mengesahkan kesahihan berita tersebut.

Sahih ataupun tidak, cuba tenung gambar tersebut lama-lama; memang meremang bulu roma kami dibuatnya! - MYNEWSHUB.CC

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa