Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, November 6, 2016

Shafie disiasat esok

Polis siasat Shafie langgar sumpah kerahsiaan esok
mk   -   Hari ini, 6:21 petang
Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Shafie Apdal akan disoal siasat oleh polis esok berikutan ucapannya di Dewan Rakyat, yang didakwa melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Beliau dijadual akan disoal siasat oleh polis di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di Kuala Lumpur pada pukul 10 pagi, kata pembantunya kepada Malaysiakini.

Bekas menteri pembangunan luar bandar dan wilayah itu adalah individu ketiga akan dipanggil, selepas bekas menteri kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ketiga-tiga mereka di bawah siasatan selepas Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, ucapan mereka berkaitan 1MDB di Dewan Rakyat melanggar sumpah kerahsiaan ketika menjadi menteri kabinet.

Minggu lepas, Shafie, yang dipecat daripada kabinet pada Julai 2015, mempersoalkan bagaimana Pandikar mengetahui sekiranya mana-mana ucapannya melanggar OSA kerana tidak mengambil bahagian dalam perbincangan kabinet.

Bagaimanapun, Pandikar mengetepikan perkara itu dengan berkata mahkamah akan membuat keputusan jika imuniti parlimen meliputi perkara di bawah OSA.

Tindakan polis juga mendorong veteran DAP Lim Kit Siang memanggil mesyuarat antara ahli parlimen, bekas ahli parlimen dan bekas menteri Selasa ini.

Tiga bekas menteri itu bersetuju untuk hadir, manakala bekas perdana menteri dan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tun Dr Mahathir Mohamad boleh menyertainya, kata Lim.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa