Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, May 19, 2014

PRK T. Intan: Pertarungan Antara 'Awek Cun' Dan 'Handsome Man' Sahaja

PRK Parlimen Teluk Intan: Pertandingan satu lawan satu antara BN dan DAP
Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong (kanan) dan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud berjabat tangan setelah selesai proses penamaan calon hari ini. – Gambar The Malaysian Insider, 19 Mei, 2014

Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Teluk Intan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong dan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud.
Pegawai Pengurus Pilihan Raya Datuk Ibrahim Ahmad membuat pengumuman itu di pusat penamaan calon di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak, Teluk Intan, pada pukul 10.21 pagi ini.
Beliau berkata pihaknya menerima borang pencalonan daripada Mah pada 9.05 pagi dan daripada Dyana Sofya pada 9.08 pagi.
Mah, 53, yang berpakaian baju kemeja berlogo BN dan 1Malaysia diiringi ke pusat penamaan calon oleh penyokong BN yang diketuai Timbalan Presiden BN Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Timbalan Perdana Menteri pada 8.45 pagi.Proses penamaan calon yang dibuka sejak 9 pagi tadi berjalan lancar dan ditutup tepat pada 10 pagi.
Calon DAP Dyana Sofya, 27, yang berpakaian baju kurung hijau muda pula diiringi kedua ibu bapanya iaitu Mohd Daud Ismail dan Yamani Samat serta Penasihat DAP Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali pada 8.55 pagi.
Antara pemimpin BN yang hadir ialah Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel, Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi Parlimen itu, Seah Leong Peng, 48, daripada DAP akibat kanser pada 1 Mei lepas.
Sejumlah 60,349 pemilih berdaftar terdiri daripada 59,927 pengundi biasa, 410 pengundi awal dan 12 pengundi tidak hadir luar negara layak mengundi pada PRK itu.
Pengundian awal akan diadakan 27 Mei ini, manakala hari pengundian ditetapkan pada 31 Mei.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-13, Seah Leong Peng memperoleh 27,399 undi menewaskan calon BN, Datuk Mah Siew Keong (20,086 undi) dan calon bebas Moralingam Kannan (279 undi) dengan majoriti 7,313 undi. – Bernama, 19 Mei, 2014. - MI

4 comments:

  1. aikk mamak umno ngaku pas tak nak bawak isu hudud ke?

    ReplyDelete
  2. Dlm diam2 jika Dyana Sofya Mohd Daud dapat jadi ahli parlimen, akan menggembirakan bung nanti.

    ReplyDelete
  3. Very shortly this website will be famous among all blogging visitors, due to it's
    fastidious articles

    Here is my webpage :: plenty of fish dating site of free dating

    ReplyDelete
  4. It's difficult to find well-informed people about this topic, but you sound like you know what you're talking about!
    Thanks

    Also visit my homepage - plenty of fish dating site of free dating

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa