Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, May 19, 2014

MH370 - Che Det Pun Berspekulasi Gak.....

"Pesawat ini ada di satu tempat, boleh jadi bukan lagi dengan logo MAS pada badannya," tulis Dr Mahathir

‘Seseorang sedang sembunyikan sesuatu’, teori konspirasi baru MH370 Dr Mahathir
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yakin Malaysia Airlines (MAS) dan Malaysia bukan pihak yang patut dipersalahkan ekoran kehilangan pesawat MH370, tetapi menurut beliau, "seseorang sedang menyembunyikan sesuatu."
Tanpa menyebut siapa seseorang itu, bagi beliau, dengan alasan tertentu, media tidak akan menyiarkan apa-apa melibatkan Boeing yang menjadi pembuat pesawat ini dan juga Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika.
Dr Mahathir berkata demikian dalam kolumnya Chedet hari ini.
Sebelum ini, ketika Malaysia menghadapi krisis kewangan, Dr Mahathir juga mempunyai teorinya sendiri apabila mendakwa George Soros menyebabkan mata wang Malaysia jatuh merudum.Kenyataan Dr Mahathir ini membangkitkan teori baru konspirasi tentang kehilangan pesawat yang mendapat fokus seluruh dunia ini.
Dalam kes ini, Dr Mahathir berkata, apa yang naik pasti akan turun.
"Mereka boleh mendarat dengan selamat atau terhempas.
"Tetapi kapal terbang tidak boleh hilang begitu saja," tulis Dr Mahathir merujuk kepada kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac lalu yang kini sudah lebih dua bulan hilang.
Bagi beliau, adalah membuang masa mencari serpihan pesawat atau minyak yang tumpah atau “ping” daripada kotak hitam.
"Ia nampaknya bukan kemalangan luar biasa selepas kehabisan minyak.
"Pesawat ini ada di satu tempat, boleh jadi bukan lagi dengan logo MAS pada badannya," tulis Dr Mahathir, perdana menteri Malaysia yang paling lama berkhidmat itu.
Beliau menuntut Boeing menjelaskan apa yang dinamakan sebagai "sistem pendaratan auto anti keganasan".
"Saya tidak boleh bayangkan pilot mendaratkan pesawat ini di lautan yang bergelora dan tenggelam secara senyap bersama pesawat itu," kata Dr Mahathir. – 18 Mei, 2014.- MI
Maklumat lanjut di sini

4 comments:

  1. ingatkan tak tau pasai kapai hilang ropenya tau jugak la ye
    tapi yang musykil sikit pasai tantoya tak pula nak komeng ke matde oi
    sedap bunyi ayat tu ada seseorang sedang sembunyi sesuatu
    apanama tak ingatla

    ReplyDelete
  2. I'm no longer certain the place you are getting your info,
    but good topic. I must spend some time learning more or understanding more.
    Thank you for great information I used to be searching for
    this info for my mission.

    my webpage - plenty of fish dating site of free dating

    ReplyDelete
  3. Hello, its pleasant paragraph regarding media print, we all be aware of media is a impressive source
    plenty of fish dating site of free dating information.

    ReplyDelete
  4. Hmm it looks like your plenty of fish dating site of free dating ate my first comment (it was extremely long) so I
    guess I'll just sum it up what I wrote and say, I'm thoroughly enjoying your blog.
    I too am an aspiring blog blogger but I'm still new to everything.

    Do you have any tips for first-time blog writers? I'd definitely appreciate it.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa