Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, May 19, 2014

Dyana: Kalau Menang, Gandingan Yang Baik Bersama Nurul Izzah Di Parlimen

Brand perkauman sudah terkikis sedikit demi sedikit dari kulit DAP setelah ramai golongan intelek Melayu masuk atau menyokong DAP
Ditambah lagi pula seesai PRU13 yang lalu sudah ada dua orang Melayu menjadi MP dari DAP

Walau apa pun bukan senang untuk menghakiskan sama sekali cop perkauman yang ada pada dahi DAP yang sudah berdekad di situ. Tambahan pula setiap hari ada saja tukang cat baru yang cuba mewarnakan kembali warna yang kian pudar itu

Iaitu musuh politiknya yang cukup bimbang dengan kemaraan DAP yang sememang meraih sokongan padu kaum Cina juga telah sedikit sebanyak berjaya meraih sokongan dari kaum Melayu dan mungkin juga akan tersirnanya MCA dan Gerakan komponen BN

Dyana Tolak Isu Perkauman
Diterbitkan: Isnin, 19 Mei 2014 12:58 AM
Oleh: IWAN SHU-ASWAD SHUAIB
TELUK INTAN: Calon DAP Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud menyifatkan pencalonannya bertujuan untuk menangani isu perkauman.

Pemilihannya sebagai wanita Melayu pertama yang dicalonkan DAP untuk kerusi Parlimen sekali gus menunjukkan parti itu bukan bersifat perkauman.

DAP sebelum ini sering dikritik banyak pihak sebagai cauvinis kerana ideologi dan fahaman DAP yang menjurus kepada semangat perkauman.

Bagaimanapun, secara umumnya Dyana menerusi pencalonannya pada PRK Teluk Intan mahu menolak isu perkauman dari terus menimbulkan ketegangan dalam masyarakat dan negara.

"Pencalonan saya membawa mesej untuk menolak perkauman, memartabatkan wanita dan memberi tempat kepada golongan muda dalam politik," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran jentera PRK Teluk Intan oleh Pakatan Rakyat di Kampung Bahagia di sini, malam Ahad.

Malah pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat terutama DAP melihat Dyana sedikit berbeza kerana mempunyai prinsipnya tersendiri selain memberi ruang untuknya menyertai barisan kepimpinan di kalangan belia.

Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menolak tanggapan ramai bahawa kelebihan Dyana kerana kecantikannya.

"Ya, Dyana memang cantik tetapi dia ada prinsip untuk menentang perkauman," kata Nizar.

Bagi Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Dyana diberikan ruang untuk wanita dan belia untuk memainkan peranan dalam kepimpinan.

"Dyana merupakan calon baharu, calon muda, calon wanita malah beliau juga seorang calon profesional supaya dapat membantu rakyat," katanya.


No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa