Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, May 20, 2014

Waoo....Hidung Mahathir Penyet Dipicit Ibu Dyana!

Itulaa....dah tua gayut dan bersara dengan tanggunggan duit rakyat sepatutnya duduklah diam-diam
Ini tidak, bila orang sibuk dia pun menyibuk sama!

Dahlah gitu terdidik anak jadi tokey arak pun ada.....

Saya cuba didik jadi Mukhriz, tetapi membesar jadi Marina, kata ibu Dyana kepada Dr Mahathir
OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
MAY 20, 2014
Calon Teluk Intan DAP, Dyana Sofya semasa sidang media selepas menemui orang ramai di Pasar Pagi Jalan Woo Saik Hong dengan pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan ibunya Yammy Samad hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 20 Mei, 2014.

Kekesalan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana Dyana Sofya Mohd Daud menjadi calon DAP bagi kerusi Parlimen Teluk Intan dijawab sendiri oleh ibunya, Yammy Samad.
Yammy berkata beliau sehabis daya mahu Dyana mengikut jejak langkah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir tetapi apakan daya perawakan anaknya itu lebih mirip kepada Datin Paduka Marina Mahathir.
"Saya cuba didik anak saya jadi Mukhriz‎, tetapi apabila dia sudah besar dia jadi Marina.
Semalam, Bernama melaporkan Dr Mahathir meluahkan kekecewaannya apabila calon yang diletakkan DAP itu datang daripada keluarga yang menyokong perjuangan Umno sejak sekian lama."Saya beri kebebasan kepada anak saya untuk memilih mana baik dan mana buruk. Dia sudah dewasa dan sudah boleh memikirkannya,” katanya kepada The Malaysian Insider semasa sesi bertemu pengundi hari ini.
"Kalau datang daripada keluarga pembangkang tidak jadi apa. Kerana sejak kecil diajar membenci Umno.
“Kalau anak orang Umno depa tidak cakap pada anak depa pasal apa Umno ni ada sejarah Umno semua, jadi bila dia besar dia bebaslah hendak buat apa sahaja," kata Dr Mahathir.
Yammy berkata Dyana berhak menentukan masa depannya sendiri, hatta untuk memilih suami yang bukan daripada kalangan Melayu.
Katanya, tiada gunanya memaksa apa yang perlu dibuat oleh anaknya jika semua yang diusahakan anaknya itu nanti akan bertemu kegagalan.
"Saya bebaskan dia memilih. Kalau dia hendak pilih suami pun saya bebaskan, inikan pula memilih parti.
“Dia hendak kahwin, terpulang pada dia. Dia hendak kahwin dengan Melayu, Cina dan India jika bersesuaian. Kalau saya paksa berakhir dengan kegagalan buat apa?” katanya.
Beliau berkata tiada apa yang perlu ditakutkan anaknya menyertai DAP kerana parti itu bukan terdiri daripada orang Cina sahaja.
Katanya, Dyana dilahirkan sebagai orang Islam dan akan terus ke akhirnya berada dalam akidah agama.
"Kenapa pula jauh daripada Islam? Anak saya dilahirkan Islam. Dia akan selama-lamamanya Islam.
"Pasal apa hendak lari (akidah)? Dalam DAP bukan semuanya Cina. Macam-macam agama ada,” katanya.
Ketika ditanya adakah anaknya itu nanti akan memperjuangkan Melayu menerusi DAP, Yammy berkata: "Insyaallah.
Mengulas mengenai sokongan orang Melayu terhadap Dyana, Yammy berkata penduduk di kawasan itu lebih gemar menyatakan sokongan secara diam seperti menerusi SMS atau pun e-mel.
"‎Sokongan dalam diam mereka melalui e-mel, hantar SMS beribu. Saya takut telefon saya meletup,” katanya. – 20 Mei, 2014.

4 comments:

  1. Orang cerdik macam Dyana bukan tak belajar sejarah umno. Sebab dia faham benar2 mengenai umno yang di pelupori Mahathirlah menyebabkan dia lari masuk DAP. Kalau Umno Tengku dan Tun Razak mungkin anak2 muda cedik pandai kekal dalam umno; tetapi oleh kerana umno telah dipunah ranahkan oleh Mahathirlah mereka berbondong2 lari dari umno baru. Cuma yang bodoh dan berkepentingan saja kekal dalam parti yang bakal pupus itu.

    ReplyDelete
  2. Abe,

    Fuyooo.....inilah jenis pukulan yang paling berbisa yang boleh buat Mahathir terduduk. Pemimpin Pakatan harus kaji cara ini supaya boleh buat Mahathir juga terduduk.

    ReplyDelete
  3. banyak yang patut lu kesalkan matde oi sebelum kamu dimatikan oleh Allah

    ReplyDelete
  4. Bertemu buku dengan ruas, ambil kau!!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa