Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, May 20, 2014

Jenis Tak Tahu Malu!

Dan melantiknya pula bagaimana?

Sepatutnya Shafee disingkir jadi pendakwa Anwar kata Mat Zain

 | May 20, 2014
Shafee boleh dianggap sebagai berada dalam siasatan polis kerana disyakki telah membuat kenyataan palsu dalam affidavit yang beliau ikrarkan
Muhammad Shafee AbdullahPETALING JAYA: Tan Sri Mohamad Shafee Abdullah sepatutnya telah disingkirkan daripada menjadi Ketua Pasukan Pendakwaan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu sebaik sahaja Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk mengeluarkan perintah untuk menyiasat (OTI) pada 3 Januari lalu.
Menurut bekas pegawai kanan polis, Datuk Mat Zain Ibrahim, Shafee boleh dianggap sebagai berada dalam siasatan polis kerana disyakki telah membuat kenyataan palsu dalam affidavit yang beliau ikrarkan, semenjak 3 Januari 2014 iaitu tarikh OTI dikeluarkan oleh Timbalan Pendakwa Raya.
“Saya berharap Dato Seri akan memberi pertimbangan yang segera dalam perkara ini bagi membolehkan penyiasatan sepenuhnya dapat diselesaikan sebelum prosiding perkara ini dimulakan diperingkat Mahkamah Persekutuan, demi menjamin keadilan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau sebaliknya,” kata beliau dalam suratnya kepada Peguam Cara Negara, Datuk Seri Idrus Harun yang di e mailkan hari ini.
Semalam Mat Zain telah menghadirkan diri di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Putrajaya, untuk percakapan beliau dirakamkan oleh ASP Irwan Saimi, bersangkutan dengan kes Shafee.
“ASP Irwan telah menunjukkan kepada saya, OTI yang ditandatangani oleh Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Ishak bin Mohd.Yusof , yang secara spesifik mengarahkan pihak polis, untuk menjalankan siasatan suatu kesalahan d ibawah Seksyen 199 Kanun Keseksaan(KK), yang disyakki berlaku dalam Mahkamah Rayuan Jenayah No.W-05-19-01/2012 bersangkut Precint 7 Rpt.10437/13,iaitu laporan yang saya buat terhadap Shafee pada 15 Disember 2013,” katanya.
Beliau amat terkejut apabila mendapati OTI tersebut sebenarnya telah dikeluarkan pada 3 Januari 2014 iaitu lebih kurang 4 ½ bulan yang lalu.Tarikh 3 Januari 2014 itu juga, adalah tarikh Peguam Cara Negara akui penerimaan surat beliau.
“Persoalannya ialah mengapa siasatan baru dimulakan kelmarin sedangkan OTI telah dikeluarkan sejak 3 Januari 2014?. Tambahan pula tertuduh dalam kes ini iaitu, Anwar Ibrahim telahpun disabitkan kesalahannya dan dijatuhkan hukuman 5 tahun penjara pada 7 Mac 2014,” katanya.
Katamya lagi, begitu juga dalam hal pengaduan beliau terhadap Shafee. Jabatan Peguam Negara tidak akan mengeluarkan OTI tersebut pada 3 Januari 2014 itu, melainkan ia telah berpuas hati terdapat asas yang kukuh untuk berbuat demikian.Lebih-lebih lagi dalam kes membabitkan Shafee, yang telah dilantik oleh Peguam Negara sebagai TPR, bagi mengepalai pasukan pendakwaan dalam perkara rayuan terhadap Anwar itu.
“Saya menyatakan bahawa Jabatan Peguam Negara telah dengan sengaja tidak memaklumkan kepada Mahkamah status Shafee yang berada di dalam siasatan polis, ketika perbicaraan dijalankan di hadapan Mahkamah Rayuan dan Persekutuan di antara 3 Januari 2014 sehingga Anwar disabitkan kesalahan dan dijatuhkan hukuman pada 7 Mac 2014,” ujarnya.
Katanya, sekiranya maklumat mustahak ini didedahkan kepada Mahkamah, nescaya mereka akan lebih berhati-hati dan teliti apabila memberi pertimbangan kepada affidavit-affidavit dan hujah bertulis atau lisan daripada Shafee.
“Malahan, isu kelayakan Shafee dilantik sebagai TPR mengetuai pasukan pendakwaan dipertikaikan oleh pihak pembelaan.Kemungkinannya besar, Mahkamah akan meminta pihak polis menyempurnakan siasatan terhadap Shafee dahulu, sebelum meneruskan prosiding,” dakwanya.
Mat Zain terpaksa menyatakan bahawa ketinggalan oleh Peguam Negara sama ada secara sengaja atau sebaliknya dalam perkara mendedahkan maklumat penting kepada Mahkamah ini,dan juga ketinggalan oleh Shafee sendiri,telah menafikan tertuduh daripada mendapat pendengaran yang adil dan saksama.
“Saya percaya Dato Seri juga sedar, bahawa menyorokkan sesuatu maklumat mustahak daripada pengetahuan Mahkamah adalah kesalahan jenayah yang serius,lebih-lebih lagi akibat perbuatan tersebut itu,Mahkamah diperdayakan sehingga menyebabkan sesaorang tertuduh disabitkan kesalahan dan dihukum,” katanya.
Katanya lagi, pendek kata, Peguam Negara telah dengan sengaja membiarkan Shafee menggunakan afidavit-afidavit beliau dalam prosiding berkenaan walaupun Jabatan Peguam Negara sedar affidavit-afidavit tersebut mengandungi kenyataan-kenyataan yang disyakki palsu,malah telah mengeluarkan OTI untuk aduan berkaitan disiasat.
“Saya turut mencadangkan kes-kes tersebut diklasifikasikan semula dibawah Seksyen 195 KK dan bukan Seksyen 199 KK memandangkan Shafee telah menggunakan sepenuhnya affidavit-affidavit dan hujah bertulis dan lisan beliau dalam prosiding-prosiding berkaitan, dengan mengetahui mungkin ia akan menyebabkan Anwar disabitkan kesalahan sepertimana pertuduhan dikenakan terhadap tertuduh itu,” jelasnya.
Tambahnya lagi, sekiranya Shafee pula disabitkan kesalahan kerana membuat affidavit-affidavit palsu dan atau memberi keterangan palsu sama ada menerusi hujah bertulis atau lisan dalam prosiding yang telah dijalankan itu ,maka beliau hendaklah diseksa sebagaimana tertuduh yang disabitkan kesalahan itu boleh kena diseksa.
Dalam perkara ini hukuman maksimanya ialah penjara sehingga 20 tahun.

3 comments:

  1. UMNO dan para pemimpinnya sebenarnya mengikut acuan atau sedang mengamalkan ajaran "Injil Baharu" (Semua isi dan fakta telah diselewengkan untuk kepentingan individu tertentu). Jauh sekali dari mengikut ajaran "Al-Furqan" (ajaran berlandaskan kebenaran dan keadilan untuk sekalian manusia).

    ReplyDelete
  2. ha tu dia pa lagi mau tunggu sudah jelas jangan banyak mengilas

    ReplyDelete
  3. It's nearly impossible to find educated people in this particular subject, but you seem
    like you know what you're talking about! Thanks

    Feel free to visit my website ... watch this video

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa