ANALISA: Jika presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong pernah mempunyai apa-apa peluang bagi merampas Teluk Intan bagi Barisan Nasional (BN), dia sedang kehilangannya.
‘Terima kasih’ kepada Umno, kemungkinan Mah mendapatkan kemenangan sedang direnggut oleh taktik serangan peribadi kolot yang dilontarkan kepada calon DAP, seorang peguam berusia 28 tahun bernama Dyana Sofya.
Tidak syak lagi Umno tidak mempunyai pemimpin yang boleh dipercayai, tetapi mempunyai golongan seperti ketua wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil, dan ahli Umno lain yang melontarkan serangan peribadi hanyalah ibarat tindakan bunuh diri politik.
Apabila Umno melancarkan "serangan bikini" terhadap Dyana, peguam muda ini memaparkan kematangan dalam reaksinya.
Beliau berjenaka: "Saya hanya boleh berharap untuk memiliki badan secantik itu"
“Pahlawan kekunci” Umno telah memanipulasi gambar seorang personaliti Filipina berbikini bagi mempersoalkan kedudukan Dyana sebagai seorang penganut Islam di Facebook.
Sekarang, Wanita Umno dan pemimpin Umno telah mengamuk dan menggelarkan Dyana bodoh kerana membenarkan dirinya dipergunakan oleh DAP.
Serangan seperti itu pasti tidak akan diterima baik oleh kebanyakan pengundi. Lihat di mana pemimpin muda wanita DAP hari ini berbanding Puteri Umno?
Dyana menulis: "Saya gelihati yang pencalonan saya oleh DAP dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Teluk Intan telah menaikkan marah Wanita dan Puteri UMNO.
"Kenyataan ketua Wanita UMNO, Shahrizat Jalil bahawa pencalonan saya hanyalah sebuah persembahan oleh DAP, menunjukkan kegagalan Wanita UMNO dalam menggalakkan ahli mereka sendiri ke jawatan kepimpinan parti dan kerajaan.
"Shahrizat Jalil telah sebaliknya memperkecilkan saya dan DAP, daripada menyambut baik keberanian dan kesungguhan politik DAP dalam memberi peluang kepada saya, seorang wanita Melayu muda, untuk bertanding di sebuah kawasan yang secara tradisinya ditandingi wakil BN kaum Cina.
"Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, “Kita semua tahu perjuangan DAP yang sebenarnya dan sebenarnya, saya amat kesian kepada Dyana Sofya yang sanggup membiarkan dirinya diperalatkan”.
"Ini adalah contoh terbaik sikap negatif pemimpin wanita BN yang sentiasa merompak peluang wanita untuk menerajui negara ini.
"DAP menghargai wanita, tua dan muda, kerana menyedari bahawa wanita perlu mengambil peranan yang lebih besar dalam kerajaan kita bagi membawa keseimbangan yang amat diperlukan dalam jumlah wakil lelaki dan perempuan, dan mereka melakukannya dengan berani menamakan lebih banyak calon wanita dalam setiap pilihan raya.
"Peranan wanita dalam politik tidak harus terhad kepada pelengkap, menghidangkan makanan dan minuman kepada pekerja parti dan melawat pengundi di rumah-rumah mereka bagi mengedarkan buah tangan.
"Saya telah berada dalam parti itu cukup lama untuk melihat sendiri bahawa parti itu menghargai keupayaan individu dan watak dalam melaksanakan konsep meritokrasi, dan bukannya bangsa, agama, kawasan atau jantina.
"DAP telah mempromosikan calon-calon muda tanpa mengira kaum dalam pilihan raya secara konsisten – seperti Teo Nie Ching dan Liew Chin Tong pada tahun 2008, Zairil Khir Johari, Kasthuri Patto dan Alice Lau pada tahun 2013, dan banyak lagi."
Dyana menambah: "Shahrizat Jalil juga berkata bahawa Umno layak menerima pujian untuk siapa saya hari ini. Ini adalah bertentangan sepenuhnya dengan kenyataan awal beliau dengan mengatakan bahawa pencalonan saya adalah pertunjukan semata-mata. Saya meminta dia belajar dari ibu saya yang merupakan ahli Umno, tetapi menyedari bahawa pencalonan saya oleh DAP menandakan kejayaan bagi golongan wanita muda dalam politik, terutama bagi wanita Melayu muda, yang telah lama dikekang oleh ketiadaan ruang dan struktur patriarki Umno.
"Saya ada di sini hari ini disebabkan keluarga dan ibu saya, disebabkan kerja keras dan kepada keputusan peribadi yang saya buat sepanjang hidup saya. Saya gembira bahawa saya memilih untuk menyertai DAP pada tahun 2011. Kerana jika saya telah memilih jalan Shahrizat Jalil dan Umno, saya tidak akan berada di sini hari ini, dengan sasaran memasuki Parlimen sebagai wakil bagi penduduk Teluk Intan dan jika dipilih, untuk menjadi ahli parlimen yang paling muda di Parlimen.
"Datuk Shahrizat Jalil dan Puteri Umno tidak seharusnya memperkecilkan kepintaran saya dan keupayaan saya untuk membezakan antara BN yang melindungi kepentingan golongan yang kaya dan berkuasa, dan DAP yang melindungi hak-hak rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama atau kepercayaan.
"Parti itu telah mencalonkan saya kerana saya sangat percaya kepada cita-cita keadilan, peluang saksama, tadbir urus yang baik. Saya berterima kasih kepada DAP di atas amanah dan penghormatan ini, dan saya berjanji akan menjalankan kempen yang bersih, jujur dan berani bagi memenangi hak untuk mewakili penduduk Teluk Intan di Parlimen. "
Adakah anda hairan mengapa Dyana adalah setiausaha politik kepada supremo DAP dan Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang?
Jawapan beliau kepada serangan peribadi dan perkauman oleh Umno menunjukkan yang dia lebih matang daripada ahli-ahli politik dan pemimpin dinosaur dalam BN.
Bagi Mah, seorang presiden Gerakan pasca-2013 yang telah mengemudi parti itu ke jalan transformasi yang benar bagi menangani isu-isu hudud dan kalimah "Allah” secara proaktif, sudah tentu makin kehilangan peluang ini disebabkan Umno.
Mah, adakah anda fikir yang Umno sedang membantu kempen anda di Teluk Intan setakat ini?
Tak padan dgn perempuan, muda pula tu tapi menunjukkan wibawa yg mantap. Terpaksa diakui, Dyana sememangnya hebat. Go Dyana go!!!
ReplyDeleteUnquestionably believe that which you said. Your favorite reason appeared to
ReplyDeletebe on the web the simplest thing to be aware plenty of fish dating site of free dating.
I say to you, I certainly get irked while people think about worries that they plainly do not know about.
You managed to hit the nail upon the top as well as defined
out the whole thing without having side-effects , people could take a
signal. Will likely be back to get more. Thanks
I was wondering if you ever considered changing the structure plenty of fish dating site of free dating your site?
ReplyDeleteIts very well written; I love what youve got to say.
But maybe you could a little more in the way of content
so people could connect with it better. Youve got an awful lot of text for only having
one or 2 images. Maybe you could space it out better?