Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, May 19, 2014

Relevankah PRK Bukit Gelugor Dijadikan Kayu Ukur Teluk Intan?

PRK Bukit Gelugor Penentu Dyana Sofya Menang Atau Kalah
Diterbitkan: Ahad, 18 Mei 2014 6:01 PM
Oleh: SOFEA SUSAN ALBERT KASSIM
GEORGE TOWN: DAP mengakui keputusan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor akan menjadi penentu sama ada Dyana Sofya Mohd Daud bakal menang atau kalah di Teluk Intan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Air Itam, Wong Hon Wai berkata, kedua-dua pilihan raya itu dianggap penting untuk memastikan kesinambungan reformasi parti itu.
"Kita tidak boleh pandang ringan dua pilihan raya kecil ini. Kalau kita tak menang, peluang di Teluk Intan juga tipis.
"Jika Ramkarpal menang, kemenangan itu akan beri gambaran bahawa ramai yang akan mengundi Dyana Sofya.
"Satu undi untuk Ram juga merupakan satu undi untuk Dyana," katanya ketika berucap pada ceramah pentas wanita di Kampung Melayu, Air Itam, petang Ahad.
Sementara itu, Ramkarpal menuduh Barisan Nasional (BN) cuba mempengaruhi pengundi supaya tidak menunaikan tanggungjawab dengan memberitahu bahawa DAP akan menang.
"Mereka kata tak perlu keluar mengundi kerana DAP sudah tentu akan menang. Saya minta supaya anda jangan percaya kata-kata itu," katanya.
Anak ketiga Karpal Singh itu mendakwa tindakan tersebut berniat jahat untuk mengurangkan majoriti undi yang pernah dimenangi bapanya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa