OLEH MUZLIZA MUSTAFA
MAY 20, 2014
Selepas lebih 10 minggu penerbangan Malaysia Airlines MH370 hilang dengan 239 penumpangnya dan anak kapal, setiap hari yang berlalu semakin memudarkan harapan keluarga penumpang. The Malaysian Insider menjalankan siri temuramah dengan keluarga yang masih bersedih dengan harapan rakyat Malaysia tidak melupakan mereka yang berada dalam pesawat tersebut.
Gambar yang diambil pada 27 April, 2014 ini menunjukkan Jacquita Gonzales (tengah), isteri penyelia penerbangan Patrick Francis Gomes, memegang kertas rentang sebelum ketibaan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 20 Mei, 2014.
Bulan lepas, apabila Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama sedang dalam perjalanan ke Universiti Malaya untuk bertemu pemimpin belia Asean, seorang wanita berdiri berdekatan pintu masuk universiti itu sambil memegang kad manila besar tertulis: "Barack Obama, lelaki paling berkuasa di dunia. Tolong cari suami saya, Patrick Gomes dalam MH370."
Tidak diketahui jika Obama dapat melihatnya, tetapi itulah kali pertama Jacquita Gonzales muncul di khalayak ramai selepas MH370 hilang dan menjadi misteri penerbangan yang belum pernah berlaku.
Gonzales dan ahli keluarga anak kapal MAS yang lain ditarik balik penjagaan terhadap mereka selepas penerbangan negara itu mendapat tahu ahli keluarga penumpang meminta pertolongan peguam antarabangsa untuk menyiasat kehilangan misteri pesawat itu pada 8 Mac.Kali kedua beliau muncul adalah pada Ahad bersama-sama ahli keluarga penumpang dan anak kapal lain di mana beliau mengumumkan Malaysia Airlines (MAS) 'meninggalkan' mereka.
MH370 masih belum ditemui.
Bercakap kepada The Malaysian Insider selepas itu, wanita berusia 52 tahun itu berkata insiden pesawat hilang itu bersama suaminya adalah peristiwa kedua besar dalam hidupnya. – 20 Mei, 2014.
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa