Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, May 19, 2014

Mampukah Dyana Menjadi Penawar Kepada DAP Perak Sedang Demam?

Terlalu awal untuk menilai sejauh mana bantahan dari peringkat akar umbi terhadap pemilinhan Dyana sebagai calon 

Selain perubahan imej, Dyana diharap mampu tenangkan perpecahan DAP Perak
OLEH EILEEN NG
MAY 19, 2014
Tiada ahli akar umbi hadir ketika majlis pengumuman pencalonan Dyana Sofya Mohd Daud sebagai calon DAP bagi PRK Teluk Intan, menunjukkan bantahan dan marah di kalangan ahli bawahan yang membentuk sebahagian besar jentera parti. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 Mei, 2014

Besar harapan yang diletakkan di bahu Dyana Sofya Mohd Daud.
Bukan saja DAP mahu Dyana menjadi wajah dalam pertarungan menentang politik berasaskan kaum, mereka juga berharap beliau dapat menjadi penawar kepada keretakan politik dalam DAP Perak, yang sehingga ada masanya, mengancam untuk memisahkan kepimpinan parti di negeri itu.
Satu pihak diketuai pasangan sepupu dan peguam, Datuk Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming, sementara satu lagi membabitkan pemimpin lama yang juga Ahli Parlimen Ipoh Barat, N Kulasegaran.
Walaupun nama Dyana dicalonkan kepimpinan pusat, pasangan itu berpendapat Dyana akan membantu mengurangkan pengaruh musuh ketat mereka, Kulasegaran, sementara akar umbi di kawasan separuh bandar itu marah kerana parti tidak meletakkan anak tempatan sebagai calon.Ngeh yang juga penasihat negeri dan Nga yang menjadi pengerusi sering dituduh oleh lawan mereka – iaitu selalunya tuduhan daripada ahli parti sendiri – mengendalikan pentadbiran parti negeri seperti “kawasan jajahan mereka sendiri”, akan tetapi kedua-duanya menafikan tuduhan itu.
Ini mungkin menjejaskan kemenangan mudah kepada kepimpinan DAP, tetapi ia juga berkemungkinan menjadi permulaan kepada keadaan DAP negeri yang lebih tenang.
“Kami tidak mahu kalah tetapi jika kalah, kami harap ia adalah bagi permulaan sesuatu yang lebih baik,” kata Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua (gambar) kepada The Malaysian Insider.
Sumber dalaman parti berkata, kem Ngeh-Nga mencadangkan pembantu Nga, Chong Ze Min sebagai calon kerusi itu manakala Kulasegaran menamakan penceramah popular Hew Kuan Yew.
Mungkin bimbang perpecahan di Perak semakin parah, Ketua Wanita DAP, Chong Eng mencadangkan nama Dyana dan beliau disokong oleh parti di peringkat negeri.
Keadaan itu boleh difahami kerana kepimpinan negeri akan menerima calon yang neutral.
Ramai maklum Nga dan Hew tidak sehaluan, yang menjadi antara punca pemerintahan singkat pakatan pembangkang di Perak pada 2009.
Bagaimanapun, Dyana berdepan dengan tugasan sukar di depannya.
Menjadi ahli politik yang masih mentah dan tidak dikenali bertanding melawan veteran politik Barisan Nasional (BN) berpengalaman seperti Datuk Mah Siew Keong, peguam berusia 27 tahun itu kini menambah beban kepada parti untuk memenangi hati pengundi, terutama ketika ramai ahli parti tempatan percaya Hew adalah calon terbaik.
Apatah lagi, Hew yang lebih dikenali dengan nama “Superman” kerana kegemarannya memakai kemeja T dengan imej dan motif adiwira itu, adalah anak tempatan yang disenangi kebanyakan pengundi Cina, yang seramai 42% daripada keseluruhan 60,349 pengundi.
Teluk Intan juga mempunyai 23,301 pengundi Melayu (38.6%) dan 11, 468 pengundi India (19%).
Seorang pemimpin tempatan berkata, tiada ahli akar umbi hadir ketika majlis pengumuman pencalonan Dyana semalam, menunjukkan rasa bantahan dan marah yang mendalam di kalangan ahli bawahan yang juga membentuk sebahagian besar jentera parti.
“Dyana tidak dipertimbangkan langsung untuk pilihan raya umum, mengapa tiba-tiba dia jadi penting? Parti jangka dengan meletakkannya di Teluk Intan, dia dapat mengurangkan perpecahan tetapi sama ada dia boleh menyatukan semua puak masih belum dipastikan,” katanya.
Seorang lagi pemimpin berkata, keadaan itu mungkin boleh menyebabkan DAP hilang kerusi Teluk Intan.
“Ini adalah pertarungan yang sengit. Pemimpin negeri dan kebangsaan perlu menyelesaikan rasa tidak senang ini. Tetapi yang pasti, ia mungkin menjejaskan keputusan pilihan raya kecil itu,” katanya.
Ketika ramai ahli dikatakan lebih suka pilihan selamat dengan meletakkan calon Cina, Pua menafikan Dyana dicalonkan untuk mengurangkan pengaruh Ngeh-Nga.
“Kami selalu meletakkan calon mengikut kemampuan dan pencapaian dan beliau menepati kritera itu,” katanya.
Beliau bagaimanapun mengakui DAP mengambil risiko kerana meletakkan calon Melayu yang tidak dikenali di kawasan majoriti Cina tetapi ia adalah sesuatu yang parti itu sanggup lakukan untuk mengubah landskap politik negara dan mengikis imej DAP sebagai parti Cina di kalangan masyarakat Melayu.
Perpecahan antara kem Ngeh-Nga dan Kulasegaran bukan perkara baru, pertelingkahan mereka bermula sejak sebelum pilihan raya umum pada 2008.
Ia menjadi semakin teruk apabila pada Oktober, dua tahun selepas itu, Kulasegaran mengugut meletak jawatan dalam parti kerana tidak berpuas hati dengan Ngeh-Nga.
Beliau bagaimanapun menarik balik keputusan itu dan kekal dalam parti selepas kepimpinan peringkat nasional masuk campur, tetapi peperangan masih berlaku dalam diam antara kedua-dua kem itu.
Beberapa tahun lalu, pasangan sepupu itu dipersalahkan atas tindakan bekas Ahli Parlimen Batu Gajah, Fong Po Kuan yang berhenti daripada politik dan enggan bertanding semula pada pilihan raya tahun lalu.
Sebelum itu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri daripada DAP, Datuk Hee Yit Foong yang berpaling tadah daripada parti hingga menyebabkan jatuhnya kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) pada 2009, turut meletakkan kesalahan kepada sikap pasangan sepupu itu. – 19 Mei, 2014.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa