Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, May 20, 2014

Sah Van Gaal Pengurus Baru MU, Ryan Giggs Penolong Pengurus

Louis Van Gaal Pengurus Baru MU, Ryan Giggs Diumum Penolong Pengurus
Mstar - Diterbitkan: Isnin, 19 Mei 2014 11:20 PM
LOUIS van Gaal secara rasmi dinamakan sebagai pengurus pasukan Manchester United yang baru sementara Ryan Giggs dilantik sebagai penolong pengurus.

Van Gaal, 62, menandatangani kontrak selama tiga tahun bagi menggantikan David Moyes yang dipecat April lalu selepas 10 bulan mengantikan Sir Alex Ferguson.
Dia adalah pengurus bukan British yang pertama dalam sejarah kelab itu.

Van Gaal yang pernah memenangi gelaran juara bersama Ajax, Barcelona, ​​Bayern Munich dan AZ Alkmaar akan bertanggungjawab di Old Trafford selepas mengetuai Belanda dalam temasya Piala Dunia di Brazil bulan depan.

"Kelab ini mempunyai cita-cita besar. Saya juga mempunyai cita-cita yang besar.

"Jadi dengan itu saya pasti kita akan mencipta sejarah," katanya dalam satu kenyataan bersama.

Ini adalah pengalaman pertama Van Gaal dalam Liga Perdana Inggeris.

"Untuk bekerja sebagai pengurus Manchester United...kelab terbesar di dunia, ia membuatkan saya sangat bangga," katanya lagi.
Sementara itu, Giggs dalam satu kenyataan sebaik sahaja diumumkan sebagai penolong pengurus United yang baru mengisytiharkan persaraannya sebagai pemain bolasepak profesional pada usia 40 tahun.
Selepas 963 perlawanan mewakili United di semua peringkat pertandingan, 34 trofi dan 23 tahun sebagai pemain, Giggs berkata sudah tiba masanya beliau melangkah masuk ke satu era baru dalam hidupnya iaitu selaku penolong pengurus.
SEJARAH PENCAPAIAN VAN GAAL SELAKU PENGURUS: 
Ajax Amsterdam

Liga Juara-Juara Eropah: 1995

Piala Uefa: 1992

Piala Super Uefa: 1995

Juara Liga Belanda: 1994, 1995, 1996

Piala Intercontinental: 1995

Piala Perisai Johan Cruyff: 1993, 1994, 1995

KNVB-Beker (Piala Belanda): 1993

Barcelona

La Liga: 1998, 1999

Copa Del Rey: 1998

Piala Super Uefa: 1997

AZ Alkmaar

Liga Belanda: 2009
Bayern Munich
Juara Bundesliga: 2010

DFB-Pokal: 2010

DFB-Supercup: 2010

LAIN-LAIN ANUGERAH:

Anugerah Pengurus Bolasepak Dunia: 1995

Anugerah Jurulatihan Belanda: 2009

Anugerah Pengurus Terbaik Liga Jerman: 2010

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa