Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, May 19, 2014

Krisis Terengganu: Siapakah ‘Tok Dalangnya’?

Siapa ‘tok dalang’ dalam krisis Terengganu?

 | May 19, 2014
Ketika Ahmad Said jadi menteri besar, Wan Ahmad digeruni. Ramai yang jadi mangsa permainan politiknya.
wan ahmad wan muda
Mingguan Malaysia semalam menyebut sepatutnya pucuk pimpinan Kerajaan Negeri Terengganu daripada Datuk Seri Ahmad Said kepada berjalan lancar, tanpa sebarang kontroversi apatah lagi Ia memandangkan Ahmad Said amat memahami perjanjian yang telah beliau lakukan dengan pucuk pimpinan parti.
Bagaimanapun disebabkan ada “tok dalang” yang begitu rancak mengatur strategi untuk memastikan Ahmad Said benar-benar berundur, segala-galanya menjadi kucar-kacir.
Perbuatan “tok dalang” itu bukan sahaja menyebabkan kontroversi dan krisis politik tercetus malah hampir memungkinkan Umno kehilangan kuasa di Terengganu.
Sebenarnya “tok dalang” itu mahu Ahmad Said kekal sebagai menteri besar walaupun Ahmad Said tahu beliau sepatutnya meletakkan jawatan pada 9 Mei lalu.
Tetapi sehingga 12 Mei, Ahmad Said masih jadi menteri besar, maka Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memanggilnya ke pejabat Perdana Menteri.
“Tok dalang” yang dimaksudkan ialah Datuk Wan Ahmad Wan Muda (gambar) yang merupakan bekas setiausaha sulit kanan menteri besar. Ketika Ahmad Said jadi menteri besar, Wan Ahmad digeruni.Ramai yang jadi mangsa permainan politiknya.
Pada pemilihan Ketua Umno Bahagian di seluruh Terengganu Oktober 2013 beliau meletakkan calon-calon menteri besar menentang penyandang ketua bahagian.
Di Besut, Wan Ahmad memasang Nawi Mohamad menentang Datuk Seri Idris Jusoh. Apabila Menteri Pendidikan II itu tahu beliau dicabar, maka beliau pasang ADUN Jerteh, Pehimi Yusof menentang Nawi. Tetapi Wan Ahmad memujuk Pehimi tarik diri dengan menawarkan jawatan Exco yang dikosongkan oleh aruah Dr Rahman Mokhtar. Maka Nawi menang tanpa bertanding dan Idris turun pangkat menjadi naib ketua.
Di Setiu, Wan Ahmad meletakkan bekas Exco, Datuk Mamat Ghazalee Abdul Rahman menentang ADUN Permaisuri, Datuk Mohd Jidin Shafie. Di Kuala Nerus, Wan Ahmad menyokong penyandang Datuk Nasir Ibrahim Fikri yang ditentang ADUN Seberang Takir, Datuk Razif Abdul Rahman.
Di Hulu Terengganu, calonnya, Tengku Putera Tengku Awang dikalahkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multi Media, Datuk Jailani Johari. Di Kuala Terengganu, calon pilihannya kalah di tangan Mohd Alwi Sabri. Di Dungun, calon pilihannya Datuk Rosli Mat Hassan tewas di tangan Datuk Din Adam. Di Marang, calon pilihannya Latif Awang berjaya mengalahkan penyandang Datuk Yahya Khatib.
Di Kemaman, Wan Ahmad gagal memujuk Mat Dalam Awang yang menentang Ahmad Said. Mat Dalam tidak pandang wang ringgit yang dijanjikan kepadanya supaya menarik diri dalam pertandingan tersebut.
Wan Ahmad berpendapat jika beliau dapat menguasai majoriti ketua bahagian, maka Ahmad Said akan kekal sebagai menteri besar walaupun ada perjanjian dengan Perdana Menteri untuk satu tahun sahaja. Wan Ahmad dapat kuasai tiga ketua bahagian sahaja daripada lapan bahagian.
Sekali lagi “tok dalang” ini menasihati Ahmad Said jika Ahmad Razif angkat sumpah pada 12 Mei, malam yang sama enam ADUN akan keluar dari Umno untuk bentuk kerajaan campuran dengan PAS. Maka Ahmad Said kekal menteri besar dan lima ADUN PAS dilantik Exco dan lima ADUN Bebas dilantik Exco.
Tetapi PAS tidak pelahap dengan tawaran Wan Ahmad ini. Lebih-lebih lagi hanya dua orang sahaja yang ikut Ahmad Said iaitu Ghazali Taib (Ajil) dan Roslee Daud (Bukit Besi). Tiga orang lagi tak jadi ikut Ahmad Said iaitu Ir Rosli Othman (Kemasik), Nawi Mohamad (Hulu Besut) dan Latif Awang (Pengkalan Berangan).
Maka “three stooges” ini terpaksa kembali ke Umno kerana cadangan Wan Ahmad untuk menubuhkan kerajaan campuran tidak jadi kenyataan.
Begitulah kehendak Tuhan. Manusia merancang Allah menentukan. Wan Ahmad merancang penubuhan kerajaan campuran tetapi Allah tidak mengizinkan kerana PAS sendiri tidak percaya kepada Wan Ahmad.
Pada 14 Mei, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah memindahkan Wan Ahmad dari jawatan CEO Terengganu Incorporated ke jawatan biasa di pejabat SUK.
Wan Ahmad banyak menganaiyai pegawai tadbir negeri (TCS) sewaktu beliau menjadi penasihat menteri besar malah beliau dikenali sebagai ketua menteri besar kerana Ahmad Said terlalu patuh dan takut kepadanya.
Rakyat Terengganu bersorak apabila Ahmad Said letak jawatan. Mereka bersorak bukan kerana mereka benci dan marah kepada Ahmad Said tetapi kerana mereka benci kepada Wan Ahmad. Justru itu pada hari yang sama beliau memberi notis tiga bulan untuk bersara secara pilihan berkuatkuasa 12 Ogos nanti.
Wan Ahmad selaku “tok dalang” yang menghuruharakan pentabiran negeri di zaman Ahmad Said sepanjang enam tahun lalu. Semoga menteri besar baharu tidak mengulangi kesilapan yang dilakukan oleh Ahmad Said.
Sebagai kaunselor, Ahmad Razif tentu mempunyai pendekatan yang tersendiri untuk menyatukan kem Ahmad Said dengan kem Idris Jusoh yang hampir melumpuhkan Umno Terengganu.

3 comments:

  1. Oleh kerana Wan Ahmad ni suka sapu orang selama ini, harap SUK Trengganu lantik dia jadi Ketua Tukang Sapu Pejabat sebagai layaknya.

    ReplyDelete
  2. Hey There. I found your blog using msn. This is a very well
    written article. I'll make sure to bookmark it
    and return to read more plenty of fish dating site of free dating your useful info.
    Thanks for the post. I'll definitely comeback.

    ReplyDelete
  3. Good post however I was wondering if you could write a litte more on this topic?
    I'd be very grateful if you could elaborate a little bit more.
    Many thanks!

    my website - plenty of Fish dating site of free dating

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa