Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, May 18, 2014

Main kotor: Siapa Lebih Kotor?

Pada aku, aku cukup suka orang-orang seperti Shahrizat dan Mahathir turut turun berkempen!

Guan Eng: Shahrizat pun main kotor
Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng menyelar ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang didakwanya mematahkan semangat golongan wanita menyertai politik melalui kritikan ke atas calonnya, Dyana Sofya Mohd DaudLim berkata, kenyataan Shahrizat yang menyifatkan Dyana Sofya sebagai "kosmetik" dan "alat serta boneka DAP" itu merupakan taktik kotor untuk mematahkan semangat golongan wanita dari menyertai politik.

"Saya ingat hanya orang lelaki main kotor, orang perempuan pun main kotor juga," katanya dalam satu majlis makan malam di Pulau Pinang pada malam tadi.

"(Shahrizat Abdul Jalil) kata calon Teluk Intan kita Dyana Sofya Mohd Daud hanyalah kosmetik dan boneka.

"Siapa yang kata begini? Itu ketua Wanita Umno sendiri, dan siapa dia? Dia tidak bercakap tentang lembu, tapi tentang kosmetik sekarang," katanya.

Beliau merujuk kepada skandal National Feedlot Corporation melibatkan anggota keluarga bekas menteri itu.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa