Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, May 20, 2014

Hubungi Saya. Jangan Asyik Menyalak Saja!

Jika hendak pecat hubungi saya, kata ibu Dyana kepada Umno
OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
MAY 20, 2014
Yammy Samad (tengah), ibu calon DAP bagi Teluk Intan, Dyana Soya Mohd Daud ditemani ibunya pada hari pertama kempen di Pasar Pagi Jalan Woo Saik Hong dengan pemimpin DAP, Lim Kit Siang hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 20 Mei, 2014.

Ibu kepada calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Yammy Samad menggesa U‎mno untuk lebih terbuka menyatakan pendirian selepas ahli veteran parti Melayu itu mendesak keahliannya‎ dilucutkan.
Yammy berkata tiada masalah jika veteran Umno serius mencadangkan keahliannya dilucutkan, namun semuanya perlu dibuat secara rasmi.
"Ada desakan veteran untuk memecat saya. Itu terpulang. Jika betul, hubungi saya. Mereka asyik menyalak sahaja.
Media melaporkan Setiausaha Agung veteran Umno Datuk Mustapha Yaakob menggesa agar keahlian Yammy dilucutkan kerana menyokong dan membantu anaknya, Dyana Sofya Mohd Daud yang bertanding sebagai calon DAP dalam PRK Teluk Intan."Kenapa tidak hubungi saya terus dan saya akan berikan jawapan," katanya kepada The Malaysian Insider.
Katanya, perbuatan itu jelas menyalahi Perlembagaan dan menghina parti maka tindakan berkempen calon bukan daripada parti Barisan Nasional (BN) adalah menyalahi tata etika parti, sama ada keluar parti atau pun mesti dipecat. – 20 Mei, 2014.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa