Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, February 12, 2015

Pelik ke?

Bagaimana keluarga Najib boleh jadi terlalu kaya, soal DAP
Published: 12 February 2015 8:49 AM
Pendedahan The New York Times berkenaan apartment bernilai AS$23.9 juta yang dibeli Low Taek Jho di Park Laurel, Manhattan yang dikatakan dijual kepada sebuah syarikat milik anak tiri Datuk Seri Najib Razak. – Gambar The New York Times, 12 Februari 2015

Datuk Seri Najib Razak perlu menjelaskan kekayaan keluarganya  yang tidak dijelaskan selepas pendedahan akhbar Amerika Syarikat (AS) The New York Times berhubung pembelian hartanah bernilai tinggi dikaitkan dengan anak tirinya yang juga seorang penerbit filem, kata Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata, perdana menteri perlu menjelaskan kekayaan keluarganya dan juga mendedahkan aset serta perbelanjaan mewah keluarga beliau, memandangkan pendapatan tahunan Najib adalah di bawah RM500,000.
"Presiden negara yang paling kaya dan berkuasa di dunia, Amerika Syarikat, mengisytiharkan aset dan perbelanjaan keluarganya setiap tahun di bawah Akta Etika 1978.
"Sudah tiba masanya bagi Najib melakukan perkara yang sama, dalam usaha beliau menjelaskan kekayaan keluarganya  yang tidak dapat dijelaskan, walaupun selepas mengambil kira sebarang kemungkinan harta daripada bapanya, bekas perdana menteri, Tun Abdul Razak Hussein, yang terkenal dengan kesederhanaan," kata Pua dalam satu kenyataan hari ini.
Pad 8 Februari sebuah artikel “Well connected at home, young Malaysian has appetite for New York” mendedahkan kekayaan ahli perniagaan Low Taek Jho dan peranannya sebagai pelabur bagi pelbagai pihak, dan juga hubungannya dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB ), yang mengumpul RM42 bilion hutang.
Artikel itu juga mendedahkan "kekayaan luar biasa" daripada keluarga terdekat Najib dan menimbulkan persoalan bagaimana kekayaan itu terkumpul.
Laporan The New York Times menekankan Najib, " memperoleh gaji tahunan kira-kira $100,000 (RM350,000) setahun sebagai perdana menteri, diserang oleh laporan media berkenaan perbelanjaan mewah isterinya".
Laporan itu juga juga menunjukkan contoh satu siri gambar yang memperlihatkan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor memegang sekurang-kurangnya sembilan beg tangan Birkin yang berbeza, yang biasanya berharga di antara AS$9,000(RM32,000) sehingga AS$150,000 (RM530,000) setiap satu.
Akhbar Amerika Syarikat itu juga melaporkan ia memperoleh invois dan dokumen lain yang menunjukkan berjuta-juta dolar barang kemas – cincin berlian dan zamrud, gelang zamrud dan delima – yang ditempah Rosmah di Hong Kong pada 2008 dan 2009.
The New York Times juga mendedahkan transaksi anak tiri Najib, Riza Aziz, 38, yang membeli sebuah apartmen di Park Laurel, New York bernilai AS$33.5 juta (RM117.5 juta) dan sebuah rumah di Beverly Hills bernilai sekurang-kurangnya AS$ 17.5 juta (RM61. 5 juta) secara tunai.
Kedua-dua hartanah dibeli Low yang juga mempunyai kekayaan tidak dapat dijelaskan, lapor The New York TImes.
Riza mengesahkan urus niaga ini dan juga dilaporkan rumah di Beverly Hills dirobohkan untuk dibina semula –satu projek yang menelan belanja jutaan dolar.
"Semua dana ini kepunyaan Riza walaupun hakikat dia sebelum ini hanya menjadi pekerja bank muda di HSBC(Hong Kong dan Shanghai Bank Corporation)," kata Pua.
Anak tiri perdana menteri juga dilaporkan bersama memiliki syarikat Red Granite, yang diasaskan pada 2010 dan sejak itu membiayai filem 'The Wolf di Wall Street' dan 'Dumb and Dumber To'.
Tahun lepas, Red Granite diseret tindakan undang-undang doleh bekas pengeluar 'Dumb and Dumber',yang menuduh Red Granite "dibiayai dengan wang yang hasil kesalahan terhadap sebuah negara asing yang melibatkan sogokan kepada pegawai awam, atau penyelewengan , kecurian, atau penyelewengan dana awam oleh seorang pegawai awam. "
Kes ini diselesaikan secara sulit di luar mahkamah pada tahun lepas.
Pua juga merujuk cerita di laman sesawang Sarawak Report yang diterbitkan tiga hari lalu, mendedahkan Riza gagal mendaftar pembelian harta di Beverly Hills dengan pihak berkuasa cukai California dan mengelak membayar cukai pemindahan harta berkenaan.
"Tidak kira drama di sebalik hubungan antara Low, Riza, Najib dan Rosmah, yang mungkin sesuai dengan skrip Hollywood, hakikatnya terdapat beberapa laporan keluarga perdana menteri menghabiskan dan memperoleh aset global bernilai ratusan juta ringgit.
"Kekayaan dan pola perbelanjaan keluarga sudah pasti kelihatan lebih ‘luar biasa’ walaupun selepas mengambil kira kenyataan Pejabat Perdana Menteri ia sepadan ‘bagi kedudukan seorang perdana menteri, tanggungjawab dan aset warisan keluarga', "katanya.
Pejabat Perdana Menteri sebelum ini mempertahankan kekayaan Najib dengan mendakwa "tiada sebarang wang yang dibelanjakan untuk perjalanan, dan tiada pembelian barang kemas, tiada luar biasa bagi seseorang berjawatan sebagai perdana menteri, tanggungjawab dan harta warisan keluarga." – 12 Februari, 2015. - sumber

3 comments:

  1. Dari dulu dulu lagi , bila jadi BARUA jual bangsa negara agama memang boleh kaya raya kat dunia.

    Dalam kubur , mengelupor ler.

    ReplyDelete
  2. Dia menabung sejak lahir...mak bapak kita menabung jugak untuk kita...tapi banyak kali pecah tabung sebab tak cukup duit untuk perbelanjaan harian...seba tu tak kaya raya...

    ReplyDelete
  3. Bila ugama di ketepikan, nafsu syaitan ambil alih.Budaya umno sekarang memang tak utamakan ugama sebab itu ketua ketua mereka hilang arah.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa