Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, March 18, 2016

Alfatihah: Adnan Abu Hassan meninggal dunia

Adnan Abu Hassan meninggal dunia
WARTAWAN SINAR HARIAN
18 MAC 2016
Adnan Abu Hassan

KOMPOSER terkenal, Datuk Adnan Abu Hassan, 57, dilaporkan meninggal dunia di Hospital Selayang jam 2.17 pagi tadi.

Arwah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang sekitar jam 2 pagi semalam akibat serangan angin ahmar, diabetes dan kegagalan buah pinggang.

Jenazah Adnan akan disembahyangkan di Masjid Al-Falah dan dikebumikan di Sungai Ramal, Kajang.

Sebelum ini, Pengurus Artis & Repertoire Luncai Emas, Sham Amir Hussain berkata, doktor mengesahkan keadaan komposer itu sedang tenat malah turut meminta ahli keluarga berada di sisinya untuk memberikan semangat.

"Sejak dimasukkan ke hospital awal pagi tadi, beliau hanya bergantung kepada alat bantuan pernafasan.

‎“Doktor juga ada meminta ahli keluarganya berada di sisi untuk memberikannya semangat," katanya.

Adnan merupakan komposer yang bertanggungjawab menaikkan nama penyanyi seperti Fauziah Latiff, Siti Nurhaliza, Misha Omar dan Liza Hanim melalui karyanya yang meraih pengiktirafan termasuk Teratai Layu Di Tasik Madu, Jerat Percintaan, Bunga-Bunga Cinta serta Puncak Kasih.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa