Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, March 18, 2016

Apa nak jadi........baru dua tiga hari dah bercanggah pandangan!

Apa kata Wala'un?

Hahaa......baca dan dengar video tu dulu, jangan komen dulu aaa.....

Hudud: Cuma pandangan peribadi – Kadir

 | March 17, 2016
Persetujuan antara PAS-IKATAN hanya menyentuh soal kerjasama politik, bukan hudud
Abdul Kadir Sheikh Fadzir
PETALING JAYA: Merungkai kontroversi berkenaan isu hudud, Presiden Parti Ikatan Rakyat Malaysia (IKATAN), Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir menjelaskan hal kesesuaian perlaksanaannya merupakan pandangan peribadi beliau.
Malah, soal perlaksanaan hudud tidak pernah dibincangkan antara IKATAN dan PAS, maka tiada persetujuan antara kedua pihak berhubung isu itu, jelas Kadir.
“PAS-IKATAN tidak pernah lagi adakan mesyuarat bersama. Cuma beberapa pemimpin atasan PAS-IKATAN bincang soal kerjasama politik; Hudud kami tidak pernah sentuh pun,” katanya ketika dihubungi FMT.
FMT sebelum ini menaikkan laporan hasil wawancara khas bersama beliau yang melaporkan bekas pemimpin UMNO itu sebagai berkata keadaan di Malaysia menyebabkan hudud belum sesuai dilaksanakan.
Menjelaskan lagi pendiriannya berhubung kontroversi hudud, Kadir menegaskan bahawa beliau sebagai seorang muslim harus terima hudud dan tidak boleh menolaknya.
“Dalam Islam juga kadang-kadang dalam keadaan tertentu, boleh diberi kelonggaran; tunda perlaksanaannya (hudud) hingga keadaan lebih sesuai. Itu yang saya kata (dalam wawancara itu).”
Sementara itu, ketika diminta mengulas kenyataan Naib Presiden IKATAN, Datuk Tony Looi bahawa beliau akan meletak jawatan sekiranya PAS mendesak perlaksanaan hudud, Kadir berkata:
“Itu pandangan peribadi dia. PAS juga kata awak (FMT) nak main isu ini buat apa?” balasnya. “Hadi (Presiden PAS, Abdul Hadi Awang) juga kata PAS akan cuba memperkasakan Perlembagaan Malaysia.”
Tony menurut laporan The Malay Mail Online semalam berkata partinya semasa ditubuhkan telah mengisytiharkan mereka tidak akan menyokong hudud.
Menurut Tony lagi, isu hudud telah dibincangkan oleh IKATAN dan PAS sebelum pengumuman perikatan antara kedua parti baru-baru ini.
Menurut beliau, PAS berkata undang-undang Islamik itu hanya akan dikenakan keatas penganut Islam.

1 comment:

  1. senak perut gelak ni. Pas + Ikat Tan boon Siew.wa.wa.wa.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa