Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, March 7, 2016

Bangang?

Apa punya bangang Khairy, kata Mahfuz
mk - 6 Mac 2016, 4:05 petang
Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menyifatkan kenyataan Khairy Jamaludiddin bahawa penukaran perdana menteri perlu dibuat mengikut saluran pilihan raya sebagai melucukan.

Menyifatkan kenyataan ketua pemuda Umno itu sebagai 'bangang', Mahfuz berkata untuk menukar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak perlu menunggu pilihan raya.


“Apa punya bangang buat kenyataan macam orang tak tahu apa. Tukar perdana menteri bukan perlu tunggu dan melalui pilihan raya.


"Cukup kalau sama ada perdana menteri letak jawatan, hilang sokongan majoriti anggota parlimen atau pun perdana menteri mati.


“Maka, berlakulah pertukaran perdana menteri. Tun (Dr) Mahathir (Mohamad), Tun Abdullah (Ahmad Badawi) dan Najib menjadi perdana menteri bukan tunggu dan melalui pilihan raya, tetapi apabila perdana menteri letak jawatan,” kata ahli parlimen Pokok Sena itu dalam kenyataan, hari ini.


Mahfuz yang juga bekas ketua penerangan PAS turut memberikan contoh lain semasa krisis Menteri Besar Perak pada tahun 2009, yang mana pertukarannya juga bukan melalui pilihan raya.


“Menteri Besar Kedah baharu sebulan bertukar bukan melalui pilihan raya. Tetapi melalui undi tidak percaya wakil rakyat Umno kepada (Datuk Seri) Mukhriz (Mahathir) melalui pernyataan di hadapan Jemaah Pemangku Sultan Kedah.


“Begitu juga hendak ganti Najib dengan orang lain sebagai perdana menteri, sama ada Najib letak jawatan atau anggota parlimen Umno pakat tandatangan akuan bersumpah tarik balik sokongan sebagai tanda undi tidak percaya kepada Najib sebagai perdana menteri,” katanya.


Jumaat lalu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengetuai kumpulan lebih 50 orang - termasuk pemimpin pembangkang, Lim Kit Siang dan Datuk Mohamed Azmin Ali bagi memeterai deklarasi menyokong penyingkiran Najib sebagai perdana menteri.


Deklarasi itu turut ditandatangani bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dan bekas Presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa