Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, March 2, 2016

Cakaplah nak cakap apa pun.........rakyat yang menilai

Nazri dakwa Muhyiddin gerak konspirasi ketepi Najib
Anne Muhammad - 1 Mac 2016, 7:15 malam
Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Seri Nazri Aziz mendakwa Tan Sri Muhyiddin Yassin memulakan konspirasi "untuk menggulingkan presiden parti" Datuk Seri Najib Razak sejak tahun lalu lagi.
Katanya, ia bermula apabila Muhyiddin - ketika itu timbalan perdana menteri (TPM) - berjumpa dengan bekas peguam negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkaitan siasatan ke atas Najib dalam kes membabitkan SRC International.
“Saya harian bagaimana seorang TPM boleh panggil peguam negara. Sebenarnya beliau tak boleh buat demikian. Kalau dia nak berbuat demikian sekali pun, dia kena panggil jemaah menteri.
“Ya, dari situ - seperti Datuk Seri Azalina Othman sebut - ada tanda konspirasi,” katanya kepada Malaysiakini dan FMT.
Kata Nazri lagi, ketika Muhyiddin bertemu Abdul Gani, siasatan tersebut masih belum diselesaikan dan tindakan itu seolah-olah menunjukkan Najib benar-benar bersalah.
“Bagi saya kamu tidak boleh jadikan sangkaan sebagai satu pertuduhan yang belum diputuskan oleh mahkamah. Cara Muhyiddin cakap ni seolah-olah Najib dah salah dah.
“Itu bagi saya dah ada usaha dari pihak dia untuk sabotaj perdana menteri,” katanya.
Mahu naikkan Shafie
Kata Nazri, selain ingin menjatuhkan Najib 'konspirasi' didakwanya mempunyai agenda lain, termasuk mahu mengangkat Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menggantikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
“Jadi pada saya agenda mereka ialah Muhyiddin nak jatuhkan Najib dan dia dapat panggil Shafie ni sebab Shafie ni bercita-cita nak jadi TPM. (Tapi) dia tak boleh potong Datuk Zahid sebab Datuk Zahid lebih senior.
“Itu agenda mereka. Kita tahu, jadi kita tak mahulah cakap, jadi semua ini sudah terbongkar apabila Muhyiddin jumpa gabenor, AG (peguam negara) semua telah terbongkar,” katanya.
Nazri turut berkata tuduhan Muhyiddin terhadap Najib mendapat sokongan daripada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya pihak pemberontak Umno itu telah mendapat bukti.
“(Dakwaan Muhyiddin) dapat sokongan daripada Dr Mahathir yang bagi jaminan kita (kumpulan pemberontak Umno) dah dapat bukti, saya pun dapat SMS dari orang yang tak dikenali kata Datuk…
“Jadi ini semua cerita sabotaj Muhyiddin terhadap bos dia,” katanya.
Nazri yang kesal dengan perkara tersebut berkata, Muhyiddin dilihat kurang senang ketika Najib meminta diberikan masa bagi menyelesaikan masalah berkaitan 1MDB.
“Kita setuju (dengan Najib) tapi kita nampak Muhyiddin tidak gembira, dia terus serang lagi. Kena ingat, 1MDB ini investment (pelaburan), jadi investment nak bawa balik perlu makan masa. Najib nak bawak balik RM20 bilion dari China tapi Muhyiddin macam tak suka," katanya.
Jemput orang ramai
Sementara itu, Nazri turut mendedahkan salah seorang ahli MT Umno Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pada pertengahan tahun lalu pernah mencadangkan supaya Muhyiddin mengambil tanggungjawab untuk menjadi jurucakap mengenai isu 1MDB bagi pihak kabinet.
Bagaimanapun, kata Nazri, ia ditolak Muhyiddin.
“Satu ketika - saya nak cerita, saya tak peduli - Datuk Shabery Cheek mencadangkan untuk kita tambahkan konsistensi dalam jawapan sebab (1MDB ini) kompleks.
“Jadi Shabeery Cheek cadangkan Muhyiddin, tapi dia tolak. Patut apabila kita sebulat suara sokong, patut sebagai orang nombor dua, dia ambillah tanggungjawab tu. Jadi kita pun terkejut (dengan tindakan Muhyiddin). (Kalau tak percaya) pergilah tanya menteri-menteri,” katanya.
Nazri ketika ditanya mengapa baru kini mengambil tindakan terhadap Muhyiddin berkata: “Kita mula-mula nak ambil tindakan satu hari sebelum Perhimpunan Agung Umno (PAU) apabila dia ke Kelab Sultan Sulaiman bercakap dan jemput orang ramai, tidak ada yang pantau sama ada dia hanya bercakap pada ahli Umno atau tidak, dia sudah melampaui batas apabila bercakap di khalayak ramai.
“Ketika itu PAU, mood mahu kita bersatu, Datuk Najib pun masa tu hulurkan tangan persahabatan. Jadi kita relaks. Tapi apabila peguam negara umumkan (Najib tidak bersalah), kita sebagai ahli Umno patut rasa lega. Kalau ada orang nak bangkit bukan ahli Umnolah. Pembangkang kita fahamlah.
“Tapi bila dia berjumpa dengan 13 cawangan tu, patut dia redakan keadaan. Tapi dia menghasut, ketika itulah kita nak ambil tindakan. Dia dah tahu dah (mengenai tindakan) dan tidak perlu show cause letter (surat tunjuk sebab). Dia dah tahu kesalahan dia,” katanya.

1 comment:

  1. Woi botak, mabuk ka? Kah kah kah

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa