Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, March 18, 2016

Celaru dan kelabu: Mungkin kita boleh lupakan mereka pada PRU14 biarlah apa nak jadi pun!

17 Mac 2016
PKR Pula Beri Tongkat Kepada PAS....

PKR teruskan kerjasama dengan PAS di Selangor - Azmin 

Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan tetap meneruskan kerjasama dengan PAS di Selangor walaupun parti itu telah mengumumkan penubuhan permuafakatan baharu bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) hari ini. 

"Saya berpendapat bagi kami (PKR), kami telah menjelaskan, bahawa apabila kita membentuk Pakatan Harapan, ia adalah untuk mengekalkan kerjasama kita dengan PAS melalui tahaluf siyasi. 

"Itulah pendirian yang diambil PKR," kata Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di sini hari ini. 

Di GEORGE TOWN, setiausaha agung DAP Lim Guan Eng berkata beliau menolak pakatan baharu antara PAS dan IKATAN kerana ia tidak memberi manfaat kepada pembangkang. 

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini dilaporkan berkata permuafakatan baharu dengan IKATAN adalah sebagai persediaan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14. 

IKATAN diterajui Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir. -Bernama 


Tak nampak sudut mana Ikatan bantu Pas

SHAH ALAM – Penganalisis politik akui tidak melihat dari sudut mana Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dapat membantu Pas melalui kerjasama politik yang dijalin dalam pembentukan blok politik ketiga, semalam. 

Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian ketika diminta mengulas kerjasama politik itu banyak menimbulkan persoalan terhadap tindakan Pas itu. 

“Apakah Ikatan mempunyai aspirasi yang sama dengan Pas? Pas merupakan salah satu parti yang besar seperti Umno, DAP yang memilih untuk bekerjasama dengan parti yang masih baharu, ahli dalam sekitar 5,000 orang. Jadi, apakah matlamat akhir Pas sebenarnya? 

“Pada saya, Pas masih tercari-cari siapa yang boleh menjadi rakan sekutu mereka. Tapi dengan memilih Ikatan yang dikatakan sesuatu yang bersifat multi etnik, sejauh manakah mereka mampu untuk meyakinkan penyokong mereka sendiri?,” katanya kepada Sinar Online. 

Semalam, Pas mengumumkan menjalin kerjasama dengan Ikatan yang membawa agenda untuk menjadi pembangkang yang bukan hanya membangkang. 

Bukan tidak sesuai kerjasama Pas-Ikatan itu, namun menurut Sivamurugan, apabila nama Pas disebut, harapan ramai adalah untuk melihat parti tertua itu mempunyai hubungan dengan parti yang jauh lebih besar dan setanding dengan parti Islam itu. 

“Memang mereka menunjukkan mahu meraih proses demokrasi tetapi sejauh manakah ia mampu mengukuhkan Pas? Sedangkan pada saya, kerjasama ini hanya akan memberikan kelebihan kepada BN memandangkan Pas pernah bekerjasama dengan Pakatan Rakyat dan kini dengan blok baharu, seolah-olah pembangkang masih lagi belum mempunyai matlamat yang sama. 

“Blok ketiga ini akan memecahkan undi dalam Pakatan Harapan dan mungkin akan memberikan impak untuk mempengaruhi sokongan yang bakal diterima oleh Pakatan Harapan. Perpecahan itu sebenarnya yang akan membolehkan BN mendapat kelebihan,” katanya. 

Namun katanya, mungkin Pas mempunyai formulanya yang akhirnya memutuskan untuk memilih Ikatan berbanding parti-parti politik dan NGO-NGO lain di negara ini dan sebarang jangkaan masih terlalu awal untuk dilakukan. 

“Kalau kita perhatikan kedua-dua parti ini mempunyai latar belakang ahli yang berbeza. Ahli Pas lebih konvensional, tradisional dengan ikatan kepada nilai-nilai keagamaan. Walhal di sini pula, Presiden Ikatan mengatakan mereka ini merupakan golongan yang liberal dan berpendidikan Barat. 

“Jadi, mungkin bertujuan untuk memenangi sokongan-sokongan yang percaya kepada latar belakang sedemikian rupa. Mungkin kelas pertengahan dan kelas atasan bagi Ikatan. Mungkin Pas merasakan latar belakang itu akan boleh mempengaruhi sokongan kepada Pas dan Ikatan,” katnaya. 

Pensyarah Fakulti Sains Sosial dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Prof Madya Dr Jeniri Amir turut membangkitkan persoalan sama kepada Pas. 

“Kenapa Ikatan? Bukan parti lain? Harus diakui Ikatan tidak mempunyai pengaruh yang luas dan tidak dikenali ramai. Kerjasama ini akan menimbulkan keraguan dalam kalangan pemerhati politik dan rakyat kerana Pas seperti terdesak. 

“Saya tidak fikir kerjasama ini akan memberi kesan yang besar kepada politik tanah air. Kenapa pilih Ikatan? Mengapa tidak pilih parti atau NGO yang lebih kuat lagi,” tanyanya. 

Mengulas lanjut, beliau menyifatkan agak berlebihan sekiranya kerjasama Pas-Ikatan itu dikatakan akan memberi kesan dalam pilihan raya akan datang. -SH


PAS hanya bawa beban, tiada manfaat bersama IKATAN – MUBARAK

KUALA LUMPUR: Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) hanya akan memberi beban kepada PAS kerana ia merupakan sebuah parti baharu dengan jumlah keahlian yang sedikit. 

Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK), Tan Sri Abdul Aziz Rahman berasa hairan dengan tindakan PAS kerana IKATAN bukanlah sebuah parti yang mampu memberi impak kepada politik negara. 

“IKATAN juga baru hendak bermula, jadi mungkin satu bebanan kepada PAS, kerana tidak ramai yang sertai parti baru itu,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat MUBARAK, hari ini. 

Jelasnya, tindakan PAS bekerjasama dengan parti yang diasaskan oleh Tan Sri Kadir Sheikh Kadir Fadzir hanya akan menipiskan peluang parti Islam itu untuk bekerjasama dengan parti atau badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain. 

Mengulas lanjut, orang lama UMNO itu juga menekankan bahawa kekuatan dan kemampuan IKATAN masih belum teruji memandangkan belum pernah bertanding dalam sebarang pilihan raya umum. 

“Untuk kerjasama sosial itu okay, tetapi sebagai satu kerjasama politik, saya tidak nampak impak dia,” kata beliau. -FMT

ULASAN GB 

Macam-macam kisah bab politik ini. 

Setelah PAS dikatakan memberikan tongkat kepada UMNO yang mula rebah, kini PKR pula memperlihatkan tindakannya memberikan tongkat kepoada PAS. Kenyataan Azmin ALi, Timbalan presiden PKR yang juga MB Selangor membuktikan bahawa PKR kini menjalinkan kerjasama dengan PAS, sekalipun telah menandatangani permuafaakatan dengan rakan-rakan didalam Pakatan Harapan. 

PKR nampaknya ingin berlaku curang kepada rakyat. Berlaku curang kepada rakan-rakan di dalam Pakatan Harapan. 

Jika demikian sikap dan tindakan PKR, GB berani menjangkakan rakyat akan menolak PKR sama seperti rakyat menolak PAS. GB sudah membuat ulasan sebelum ini. Petikan.

Pilihanraya lama lagi, tapi parti-parti PAS dan PKR sudah sibuk mengenainya. Masing-masing sudah tercium kekalahan jika berlaku pertandingan 3 penjuru. Nampaknya Azmin seperti mahu bertindak sebagai "abang besar" dalam Pakatan Harapan. 

Azmin akur dengan "ugutan" PAS. Jangan ada pertandingan 3 penjuru. Sebab jika berlaku begitu, PAS dan PKR paling teruk akan mengalami kekalahan. 

Mana tahu? Sebab PAS yang telah memulakan dulu. Pertandingan 3 penjuru sudah bermula semenjak kecurangan dan pengkhianatan PAS terhadap Pakatan Rakyat di dalam pilihanraya umum 2013. Isu "watikah" yang telah menyebabkan kekalahan calon Pakatan di tujuh buah kerusi iaitu Bukit Besi, Seberang Takir, Kota Putera, Labuan, Kota Damansara, Sungai Acheh dan Panti. 

Sekarang PAS pula tak mahu pertandingan tiga penjuru. Lalu didesak Azmin supaya Pakatan Harapan tidak bertanding di kerusi-kerusi di mana PAS bertanding. Manyak lemak dan manyak cantik punya parti.... dia boleh buat, orang lain jangan.. 

Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Kecurangan dan pengkhianatan PAS ini akan terbalas di dalam pilihanraya umum ke 14 dimana apabila berlaku pertandingan 3 penjuru nanti PAS akan mengalami kekalahan paling dasyat malah ramai calonnya akan hilang deposit. Itu nampaknya hampor pasti. Keputusan Sg Acheh di dalam PRU13 di atas membuktikannya dan itu permulaaan kepada fenommena calon-calon PAS akan hilang deposit di dalam pilihanraya-pilihanraya akan datang. 

BN akan menang jika berlau 3 penjuru? Dulu ya, tetapi tidak lagi sekarang kerana kini BN menghadapi masalah keyakinan rakyat terhadapnya akibat dari pelbagai skandal dan isu yang melanda negara. Rakyat akan memilih parti yang berpotensi untuk ke Putrajaya iaitu Pakatan Harapan. Perjuangan sebenar PRU nanti ialah diantara BN da PH. Itu jelas. Kita tidak faham mengapa PKR masih terhegeh-hegeh mengharapkan dan/atau masih takut dengan PAS.

Dicatat oleh Green Boc di 11:42 PTG 

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa