Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, March 15, 2016

Dunia punya pasal: Nama pun tipu ka?

Kajian dapati gelaran ‘Tengku’ tidak ada di Acheh

 | March 15, 2016
Acheh hanya mengguna gelaran 'Teungku' yang diberikan kepada alim ulama dan gelaran itu tidak boleh diwarisi
Kamarul-Azman-Habibur-Rahman-ku-nan-GKCM-acheh
KUALA LUMPUR: Isu kesahihan gelaran Tengku yang diguna Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor terus menjadi perbincangan dan pertikaian.
Terbaharu, Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) yang membuat kajian mendapati gelaran Tengku tidak digunapakai di Acheh.
Presiden GKCM, Kamarul Azman Habibur Rahman berkata, Acheh menggunakan gelaran ‘Teungku’ yang diberikan kepada seseorang yang mempunyai pengetahuan agama Islam yang sangat mendalam
“Daripada dapatan kami, tidak ada gelaran ‘Tengku’ di Acheh kerana istilah mengikut ejaaan ‘Tengku’ hanya terdapat di Malaysia. Namun Adnan sendiri seakan mengakui bahawa beliau bukan seorang Tengku yang berasal dari Malaysia.
“Jika beliau mempunyai darah pahlawan bangsawan dari Acheh, sudah pasti ejaan pada namanya ialah ‘Teuku’.
“Kami mendapati bahawa gelaran Teungku di Acheh adalah atas beberapa sebab. Gelaran Teungku di Acheh diberikan kepada seseorang yang mempunyai pengetahuan agama Islam yang sangat mendalam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Jelas Kamarul lagi, gelaran ini selalunya diberikan kepada seorang ulama yang telah menghafal al- Quran dan gelaran ini merupakan penghormatan kepada seorang bijak pandai dalam agama.
“Tetapi Adnan bukanlah seorang ulama. Jadi beliau tidaklah layak diberi gelaran ‘Teungku’. Gelaran ‘Teungku’ tidak boleh diturunkan kepada seorang anak atau keturunan kerana ia bukan gelaran keturunan,” kata beliau.
Mengulas lanjut, GKCM menyeru agar Tengku Adnan berbalik kepada tuhan bahawa semua pihak menumpang di bumi Allah.
“Kepada Adnan, GKCM ingin berpesan bahawa baik Tengku, Teungku atau Teuku, kita adalah sama iaitu kejadian Allah yang menumpang di bumi-Nya. Asalkan kita tidak menjadi tukang ampu sudahlah,” ujar beliau.

5 comments:

  1. mungkin dulu mamat ni ulamak tapi bial join omno
    dia lupa beramal sebagai ulamak tu yang terbawa gelaran tungku
    dunia punya pasai jauh terpedaya

    ReplyDelete
  2. lantak dia la nk pakai gelaran ape pun.rakyat malaysia terutama nya org umno sendiri..kenal siapa dia.
    segala ape gelaran pun.sebanyak mana pingat.bintang kebesaran tak akan di bawa masuk kekubur bg kita umat islam ini.
    jika dia berasa bangga.rasa sombong dengan gelaranya...biarkan dia...

    ReplyDelete
  3. Boleh harap ke orang yang boleh tipu nama sendiri memegang jawatan tinggi dalam umno malah dalam kerajaan..

    ReplyDelete
  4. Gelaran atas dunia ni banyak. Yang dapat secara keturunan ada, yang dianugerah pun ada dan yang diberi oleh Allah SWT pun ada. Ada sesetangah manusia tu pula berdiri atas muka bumi ni tanpa sebarang pangkat dan gelaran tetapi masyhur di kalangan malaikat dan tersohor nama dia di langit. Kalau nama besar tapi kelas tukang jilat jer tak payah nah gah lah. Apa??? dengan nama temgku tu boleh idup sampai kiamat ker???

    ReplyDelete
  5. Kat utara tungku buat mengurut adala tengku pun sama saja disisi Allah darah warna merah juga.....tak ada yg hebat lah porrah

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa