Pengumuman

Mulai esok (11 Julai 17) blog ini tidak akan diupdate Oleh kerana blog ini dan blog yang satu lagi mengandungi bahan yang sama, saya rasa adalah wajar untuk menghidupkan satu blog sahaja iaitu mountdweller88 untuk dilayari dengan mudah tanpa gangguan insya Allah Saudara/saudari persilakan ke - mountdweller88.blogspot.com

Thursday, March 10, 2016

Fakta-fakta mengenai Haji Hadi......

BEBERAPA FAKTA MENGENAI HAJI HADI....

1. Tuan Guru Mursyidul Am sokong DS Anwar dalam isu 16 September tetapi Haji Hadi tidak setuju, berlaku perbalahan antara Tuan Guru Mursyidul Am dengan Haji Hadi, mengapa Haji Hadi tidak wala' kepada Tuan Guru Mursyidul Am?. Surat terbuka Tuan Guru Mursyidul Am kepada Harakah yang menyokong 16 September tidak disiarkan oleh Harakah, arahan daripada Siapa?. Haji Hadi atau Mustafa Ali?.

2. Haji Hadi melalui UStaz Harun Din hendakkan PAS Perak bentuk kerajaan dengan umno di Perak selepas PRU-12 tahun 2008.

3. Haji Hadi adakan rundingan dengan Pak Lah untuk bentuk kerajaan UG.

4. Isu PM, dalam mesyuarat PR PAS setuju DS Anwar jadi PM tetapi dalam mesyuarat PAS Pusat Mac 2013 tolak DS Anwar jadi PM dan hantar wakil memujuk Kuli untuk jadi PM.

5. Bertembung di dun Kota Damansara dan tiga dun di Terengganu PRU-13 (dalam mesyuarat PR telah dipersetujui PKR bertanding, tetapi hari penamaan calon Haji Hadi bagi watikah khas kepada calon PAS).

6. Haji Hadi gagal selesaikan masalah PAS Kedah sehingga PAS tumbang di Kedah dalam PRU-13 walau pun telah ada usul daripada dewan ulamak PAS Kedah supaya tukar MB sebelum PRU-13.

7. Isu MB Selangor dalam mesyuarat 17 Ogos sudah setuju Wan Azizah dan Azmin sebagai calon MB dan telah bersetuju tidak menuntut MB Selangor, tetapi selepas itu Haji Hadi hendak PAS jadi MB Selangor. Dr. M kata BN tidak pernah hantar nama lebih daripada seorang samada calon MB atau PM sewaktu zamannya dan kaedah itu kekal hingga sekarang. Apa yang Haji Hadi hendak di Selangor?. (Haji Hadi hantar tiga nama yang tiga2 itu adun PAS, tetapi dalam ucapan penggulungan cakap PAS tak kemaruk nak jadi MB Selangor, cakap lain dan tindakan lain).

8. Dalam mesyuarat PR, PAS hendak kekal dalam PR dan dalam muktamar PAS juga telah dipersetujui perkukuhkan PR, tetapi dalam mesyuarat JK PAS Pusat 25 Ogos Haji Hadi hendak bersama umno (rujuk mesyuarat 25 Ogos14).

9. Mesyuarat Majlis Syuro Ulamak selepas 25 Ogos tidak cukup korum dan notis jemputan mesyuarat juga tidak cukup 14 hari, Haji Hadi bercakap mengenai perlembagaan PAS tetapi Haji Hadi sendiri pijak Perlembagaan PAS.

10. Haji Hadi tak bersetuju dengan cadangan supaya Y.B Dr Syed Azman dipilih sebagai MB Terengganu ketika krisis MB di Terengganu (seolah-olah Haji Hadi mahu umno/BN kekal memerintah Terengganu).

11. Pilihanraya semula di Perak selepas rampasan kuasa oleh umno/BN tidak dipersetujui oleh Haji Hadi dengan alasan takut DAP akan jadi MB (nampak sangat fikrah Haji Hadi dah sama dengan fikrah umno).

12. Malam PRK Parlimen Bukit Gantang 2009 dalam mesyuarat Lajnah politik PAS Pusat di Markaz Tarbiyah PAS Perak Air Kuning, Taiping, Haji Hadi membangkitkan bahawa Najib Tun Razak ada hubunginya membincangkan kerajaan perpaduan, tetapi Almarhum Tuan Guru Harun Taib telah membantah usul tersebut dan mohon presiden fokus kepada PRK Bukit Gantang.

13. Berita Awani 13.2.2015 perbualan melalui telefon dengan Nasharudin Mat Isa, Nasharudin mengesahkan telah  ada perbincangan mengenai kerajaan perpaduan dengan umno oleh Majlis Syuro PAS Pusat sejak 2008 lagi, tetapi tanpa pengetahuan Tuan Guru Nik Aziz.

14. Sebelum PRU-13 telah dibuat perjanjian bertulis ditandatangani oleh Haji Hadi selaku presiden PAS dan Ustaz Azizan Razak, Ustaz Azizan tidak akan dicalunkan bertanding PRU-13, tetapi Haji Hadi langgar perjanjian yang dia sendiri ada tandatangan.

15. Haji Hadi sokong persempadanan kawasan pilihanraya yang akan memberikan kemenangan kepada umno/BN.

16. Pendaftaran PR gagal kerana Haji Hadi seolah-olah tidak mahu PR didaftarkan.

17. Haji Hadi arahkan Mat Yaakub angkat sumpah jadi MB Kelantan walau pun Tuan Guru Nik Aziz belum buat apa2 keputusan (angkat sumpah pun secara tergesa-gesa).

18. Sahabat dari Kedah bekas adun bagi tahu teman Almarhom Ustaz Yahya Othman (ketika hidup) bertanya kepada sahabat teman tu "apa dah jadi kepada Haji Hadi dan Mustafa Ali", arwah dah meninggal dunia agak lama juga, maknanya dah lama Haji Hadi dan Mustafa Ali meragam.

19. Haji Hadi dijanjikan oleh umno akan tambahkan kerusi parlimen di kawasan PAS boleh menang di negeri Kelantan dan Terengganu, sebab itu Haji Hadi sokong persempadanan kawasan pilihanraya, tetapi Haji Hadi tak nampak bahawa dalam masa sama umno akan tambahkan kerusi parlimen di negeri2 yang umno/BN boleh menang dengan tambahan kerusi berkali ganda dari apa yang dijanjikan kepada Haji hadi dengan itu umno/BN akan kekal berkuasa hingga kiamat.

20. PRU-13 DUN Damak, Pahang Haji Hadi secara terbuka sokong calon bebas Cikgu Kah Boon Heng sedangkan PR meletakkan calon PKR Jamaluddin Abdul Rahim.

21. Dalam mesyuarat dia  setuju bantu PKR di Permatang Pauh... luar mesyuarat dia  setuju PAS kawasan Permatang Pauh boikot PRK. Mengapa tiada tindakan kepada PAS kawasan Permatang Pauh yang tidak wala'?.

22. Tahun 1982 dia popularkan ungkapan `marakbar' (mampus) ditujukan kepada Dato Asri. 2014 dia populerkan dengan kalimah `barua dan broker' ditujukan kepada adun PAS yang berpegang dengan keputusan mesyuarat 17.8.14. tahun 2015 dia populerkan  kalimah `tolol' ditujukan kepada ahli PAS juga...

23...hadi benarkan hasan ali dan nasruddin mat isa berunding dgn khir toyo utk tubuhkan kerajaan campuran antara pas dan bn. 8 pas campur 20 bn jadi 28. Dap plus pkr pun 28. Rundingan pas umno gagal barulah pas pakat dengan dap dan pkr . Ini dibocorkan khalid samad dlm tahun 2009. Masa tu hadi tak mengaku hasan ali pun tak mengaku. Tapi kedua2 senyap.

Di atas itu adalah fakta....

12 comments:

  1. btoi ke?fakta ke auta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari dulu aku mmg x caya dgn tuan guru sorang nih. Kelentong memanjang. Isle .. isle ...

      Delete
  2. yg fakta, hh jd beruk pelingkop .

    ReplyDelete
  3. Sudahnyer esok...umno jugak yg menang...bodo.

    ReplyDelete
  4. Betul fakta alim yg kaya mkn gaji bila jadi wakil rakyat

    ReplyDelete
  5. kalau outa nafikan la fakta yg admin tulis.as simple as that.ada brani anon 11:13 pm.jgn jd najib org tanya satu soalan tp bg 20 jawapan merapu yg berlainan

    ReplyDelete
    Replies
    1. anon..11:13 ni maseh x faham lagi kot...buat apa nak diada adakan benda yang x betul...belajar la dari kesilapan lampau...

      Delete
  6. Khianat bila tak berpegang kpd janji.munafik tidak kira ustaz atau ulamak..nafsu dunia tidak kira sesiapa kecuali orang yg kuat imandan takut kpd Allah seperti saidina Umar Alkhattab

    ReplyDelete
  7. dap menang paling byk kerusi diperak dulu kalau dibandingkan dgn bn, pkr dan pas. tp demi pakatan rakyat, dap setuju lantik calon pas (nizar) sbg mb. tp hadi bawang yg byk kulit ni arah supaya pas bergabung dgn umno bn demi melayu Islam...

    lu bygkan, pas perak dah bersetuju dgn pkr dan dap, tp hadi suruh batalkan perjanjian dan gabung dgn umno... demi asabiyah melayu...

    dr sini kita dpt rumuskan bhw:

    1. hadi ni dictator authoritarian
    2. hadi tak pegang pd janji - in other word, pengkhianat.

    ko cariler video YB Nizar ceramah bab ini...

    ReplyDelete
  8. yg jelas fakta, hadi menyebabkan pas berpecah. tidak pernah dibuat oleh mana2 presiden sebelumnya

    ReplyDelete
  9. berita fitnah yg dah basi .......... admin dah nyanyuk ...... dok putar2 berita yg lapuk sama macam blog dia kejap betul/ok kejap tak betul/dak ok ! ...... kalau nengok kat potret kat bawah tu pun mmg dah sampai masanya utk bersara !

    ReplyDelete
  10. Jendalu..la pencandat sotong neh,Ramai walaun dah masuk dalam kain dia...buzzz!!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa