Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, March 19, 2016

Hahaa...agaknya apa yang dia nampak dan siapa yang dia nampak?

Ada pemimpin cuba musnahkan perjuangan Pas
MOHAMAD FAKHRI MOHD ALI - 19 MAC 2016
ALOR SETAR - Ada pemimpin ‘dalaman’ Pas cuba memusnahkan perjuangan dan matlamat perjuangannya tetapi tidak berjaya apabila disingkirkan’ sendiri dengan takdir ALLAH.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, dalam senario politik sepanjang zaman, Pas menghadapi penapisan demi penapisan menyebabkan hanya orang yang kukuh dan istiqamah dengan al-Quran, hadis dan ulama dapat melangsungkan perjuangan.

“Mereka yang cuba singkirkan perjuangan dan matlamat Pas disingkirkan ALLAH. Tidak kira siapa dia, kalau tak ikhlas ALLAH singkirkan dan ALLAH memilih bersama kumpulan Islam ini (Pas),” katanya pada ucapan perasmian Ijtimak Dewan Muslimat Pas Kedah sempena Karnival Jom Bersama Pas di Kompleks Pas Kedah, di sini hari ini.

Menurutnya, kumpulan Islam bukan ditubuhkan sekadar bermain untuk mengisi masa kosong, tarbiah dan ekonomi tetapi melaksanakan kewajipan.

“Bukan kumpulan yang nak pergi ke Putrajaya dengan turun ke jalan, tetapi kumpulan Islam yang mengharungi perjuangan bagi meruntuhkan kezaliman dan menegakkan Islam yang adil.

“Kita bukan nak meruntuhkan kezaliman dengan bertindak zalim pula selepas itu, tidak sama sekali. ALLAH tak akan biar kita buat begitu,” katanya.

4 comments:

  1. mmg syok, meniaga jual nama tuhan, jual agama... nak berbini dua pun atas nama tuhan, atas nama agama.. mmg ulamak bur1t je buat perkara bangsat lps tu kaitkn atas nama tuhan dan agama.

    ReplyDelete
  2. kumpulan Islam yang mengharungi perjuangan bagi meruntuhkan kezaliman dan menegakkan Islam yang adil.

    perjuangan apa becakap pun dah mula tonggang tebalik.kalau bejuang dengan cakap saja dah puluhan tahun takda hasil yang baik asik kena tipu ngan amno saja apahal.nabi bejuang 23 tahun saja islam gah sampai sekarang
    kalau nak runtuh kedzoliman ada pengorbanan kalau takda jangan harap lah

    ReplyDelete
  3. Terbaru PAS ditipu dan masuk perangkap oleh parti nyamuk, parti Ikatan yg mempunyai ahli berdaftar seramai 79 orang.

    Bayangkan parti nyamuk ni boleh tipu seluruh kepimpinan PAS setuju dgn kenyataan " PAS DAN IKATAN BERSETUJU HUDUD XSESUAI DI LAKSANAKAN DI MALAYSIA..."

    Parti kecik yg ahli seramai 79 orang boleh tipu PAS yang ahli 1 juta....pikirlah sendiri kualiti kepimpinan PAS sekarang...lagi mau sembang pasai penapisan Allah? Allah tapis supaya yg xboleh pakai je memimpin PAS sekarang kot....

    Bat8

    ReplyDelete
  4. Pemimpin terlaknat apabila berbohong utk dilihat terhormat tp ALLAH MAHA MENGETAHUI.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa