Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, March 12, 2016

Jenis 'belukang' di bawah jamban!

Keangkuhan Yang Terjawab....

Pakatan baharu: Bukti Pas tak boleh sendirian 

SHAH ALAM – Hasrat Pas untuk membentuk satu kerjasama politik dengan sebuah parti politik membuktikan parti Islam itu tidak boleh bersendirian dalam menghadapi PRU14 akan datang. 

Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke berkata, Pas sudah sedar kesilapannya 'menceraikan' Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini dan perlu mencari sekutu baharu yang boleh memberikan kelebihan kepada mereka. 

“Ini menunjukkan Pas sedar bahawa tanpa satu gabungan, tanpa berkawan dengan parti lain, mereka tak dapat berdepan dan menghadapi PRU14 secara bersendirian. Sebab itu Pas sedar, mereka perlu mencari gabungan politik lain. 

“Kita tunggu dan lihat saja, agenda kita memperkukuhkan Pakatan Harapan. Dia nak cari parti mana untuk bergabung, atau berkawan dengan sesiapa. Kita tak boleh menghalang sesiapa (wujudkan blok politik), ini negara bebas, (kerana) itu hak mereka,” katanya kepada Sinar Harian. 

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan pada Khamis yang mengumumkan pihaknya akan membentuk pakatan baharu dengan sebuah parti politik bagi menghadapi PRU14 akan datang. 

Takiyuddin bagaimanapun berkata, blok pembangkang baharu itu tidak akan melibatkan Umno dan Pakatan Harapan dan perkara itu akan diumumkan pada 16 Mac ini. 

Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad pula menyifatkan sikap parti Islam itu bercanggah dengan pendirian asalnya, iaitu mahu bersendirian selepas keluar dari PR pada Jun tahun lepas. 

“Kita tunggu mereka buat pengumuman (16 Mac), dengan siapa dan sebagainya, tapi itu hak dia nak jadi pakatan ketiga. Sekarang ini rakyat mahu menggantikan BN, mereka nak tengok satu alternatif. 

“Sebab itu kita bersusah payah nak bina PR dulu, Pas pula pecahkannya, sekarang ini kita buat Pakatan Harapan, Pas pula nak buat pakatan lain, terpulang kepada dia. Saya ucapkan selamat berjaya kepada Pas,” kata Ahli Parlimen Shah Alam itu. 

Bagi Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin, Pas perlu memutuskan hubungan politiknya dengan PKR kerana parti itu adalah sebahagian daripada Pakatan Harapan. 

“Saya harap Pas sedar diri dengan putuskan hubungan dengan PKR, kalau Pas dalam masa sama mahu teruskan hubungan dengan PKR, nampak sangat dia nak mengadakan hubungan dengan Pakatan Harapan. 

“Orang nampak Pas tak konsisten, saya tak tahu apa pendirian Pas dengan menjalinkan hubungan dengan PKR,” katanya lagi. -SH 
Pakatan baharu: Keputusan Pas tidak diketahui PKR

SHAH ALAM - Keputusan Pas untuk membentuk satu pakatan baharu dengan sebuah parti politik dalam menghadapi PRU14 tidak dimaklumkan secara rasmi kepada PKR, selaku rakan tahaluf siyasinya.

Setiausaha Agungnya, Rafizi Ramli berkata, pihaknya akan menunggu Pas berbuat demikian atau menunggu pengumuman rasmi itu pada 16 Mac in untuk tindakan lanjut.

"Saya tidak dimaklumkan oleh Pas setakat in, jadi saya akan tunggu pengumuman 16 Mac ini. Kemudian kita akan bincang di peringkat KEADILAN terlebih dahulu," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan pada Khamis yang mengumumkan pihaknya akan membentuk pakatan baharu dengan sebuah parti politik bagi menghadapi PRU14 akan datang.

Takiyuddin bagaimanapun berkata blok pembangkang baharu itu tidak akan melibatkan Umno dan Pakatan Harapan dan perkara itu akan diumumkan pada 16 Mac ini
 - SH
Tak mungkin PAS bergabung dengan kami – PSM

PETALING JAYA : Parti Sosialis Malaysia (PSM) menafikan cakap-cakap bahawa parti itu akan bersama-sama PAS bagi membentuk blok pembangkang baharu atau kuasa ketiga.

Setiausaha Agung PSM, Sivarajan Arumugan berkata, tidak mungkin parti Islam seperti PAS mahu bergabung dengan PSM.

“Tak mungkin parti Islam nak bergabung dengan kita. Tak mungkin. Kita pun tak tahu PAS mahu bergabung dengan siapa,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddun Hassan yang mengumumkan parti itu akan membentuk blok baharu pembangkang pada 16 Mac, menjadikan kumpulan itu blok pakatan pembangkang ketiga di negara ini.

Dalam pada itu, Sivarajan turut ditanya adakah parti itu mahu atau akan bergabung dengan mana-mana parti.

“Dua tahun yang lepas, kita bentuk gabungan kiri. Tapi gabungan kiri itu bukannya untuk pilihan raya ..tapi dia sebenarnya kumpulan dengan individu-individu lain yang kita usahakan (untuk) perjuangkan isu-isu,” katanya.

Sementara itu, Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Abdullah Zaik memberitahu FMT, pihaknya tidak mendapat maklumat ura-ra PAS merancang bergabung dengan parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Tak tahu..tak dapat maklumat,” katanya.

Pada tahun 2013, ISMA bertanding tujuh kerusi Parlimen dan dua DUN atas tiket BERJASA- parti serpihan PAS. Namun, kesemua calon itu kalah. 
-FMT
ULASAN GB

Dulu komain mendabik dada kata PAS dah kuat, boleh bersendirian dan tak perlu parti lain.

Tiba-tiba mahu tubuh blok ketiga. Mahu bhekerjasama dengan parti lain. Mungkin sekarang tengah mencari-cari NGO sekecil mana sekalipun, asalkan mahu bersamanya walaupun mungkin NGO itu satu ketika pernah menjadi musuhnya. Tak kisah, itu dulu, sekarang mahu tunjuk PAS tak sendirian. Ada kawan. Ada teman. Sekadar NGO sajalah. Parti politik lain sudah renjis awal-awal.

Gb sudah ulas isu ini. Boleh semak semula di PAS Baru Sedar Tidak Boleh Sendirian, Mahu Bentuk Blok Ketiga

Dicatat oleh Green Boc di 2:34 PTG 

4 comments:

  1. Apo nak d kato..mmg.sesuai tajuk artikal ni dgn.Pas sekarang yg.semakin melaut..

    ReplyDelete
  2. Sebenarnya strategi pas untuk memenangkan amno......PH harus waspada dgn gerak geri Pas. Hj hadi kan dah kata mereka tak mau menang.......ini semua semata2 untuk kalah kan PH. Pas terbukti parti paria lebih hina dr bewak.

    ReplyDelete
  3. pas. ok bro...tuang presideng dah nyanyok.dah...gantikan yang baru jer...tak boleh pakai dah ularmak macam ni....haprak...jer

    ReplyDelete

  4. macam orang mati pucuk..nafsu je gagah..kederat tak ada pun..
    macam sekarang la...perasan kuat.tapi kena bentuk satu gabungan lain..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa