Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, March 16, 2016

Kepincangan pentadbiran kerajaan Kelantan mungkin ada benarnya

Pendedahan kepincangan pentadbiran kerajaan Kelantan mungkin ada kebenaran - Mustapa
Pendedahan kepincangan pentadbiran kerajaan Kelantan mungkin ada kebenaran - Mustapa
MUSTAPA: Orang kata kerajaan ini (Kelantan) yang terbaik tetapi yang pastinya mereka juga ada kelemahan Orang kata kerajaan ini (Kelantan) yang terbaik tetapi yang pastinya mereka juga ada kelemahan. - Gambar fail
KOTA BAHARU: Pentadbiran kerajaan Pas Kelantan yang didakwa pincang oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor Datuk Husam Musa mungkin ada kebenarannya.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Husam lebih mengetahui masalah dalam pentadbiran kerajaan negeri itu kerana beliau adalah bekas anggota majlis mesyuarat kerajaan negeri (Exco) dan individu penting dalam Pas.

"Orang kata kerajaan ini (Kelantan) yang terbaik tetapi yang pastinya mereka juga ada kelemahan daripada segi dasar-dasar berkaitan alam sekitar, pembalakan, pelaksanaan lebuh raya rakyat, projek Lembah Sireh, perumahan kos rendah dan banyak lagi," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas tindakan Husam yang juga bekas Naib Presiden Pas, yang terus mendedahkan kepincangan pentadbiran kerajaan Kelantan termasuk dalam ceramahnya di Bandar Satelit, Pasir Tumboh di sini, Jumaat lepas.
Mustapa berkata melalui pendedahan Husam itu, orang ramai kini mengetahui bahawa kerajaan Kelantan ada kelemahannya.

1 comment:

  1. kerajaang omno belambak kelemahan
    bial tak tahan guna ugutan
    cilaka punya puak omno ni

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa