Pengumuman

Mulai esok (11 Julai 17) blog ini tidak akan diupdate Oleh kerana blog ini dan blog yang satu lagi mengandungi bahan yang sama, saya rasa adalah wajar untuk menghidupkan satu blog sahaja iaitu mountdweller88 untuk dilayari dengan mudah tanpa gangguan insya Allah Saudara/saudari persilakan ke - mountdweller88.blogspot.com

Monday, March 7, 2016

Kerajaan peralihan penyelesaian terbaik?

Amanah cadang kerajaan peralihan penyelesaian terbaik, lapor akhbar

Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Abd Samad pembentukan kerajaan peralihan ialah jalan terbaik untuk menyingkirkan Datuk Seri Najib Razak. Sebuah kerajaan peralihan bakal dibentuk sekiranya Deklarasi Rakyat Selamatkan Malaysia menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjadi kenyataan, lapor Sinar Harian hari ini, memetik Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) Khalid Abd Samad.

Beliau dilaporkan berkata, jalan terbaik ialah melalui pembentukan kerajaan peralihan, dengan Pakatan Harapan, ahli Parlimen serta gerakan yang menyokong penyingkiran Najib membentuk pelan bertindak dan melaksanakannya bersama.

Beliau berkata, dalam tempoh transisi itu, semua pihak yang bekerjasama menggerakkan usaha mendesak Najib perlu melepaskan jawatan dan membentuk satu pelan bertindak bersama.

“Dua peranan yang kita mahu wujudkan dalam tempoh setahun ini adalah, kerajaan peralihan yang menyediakan peraturan dan undang-undang pilihan raya lebih adil, terdiri daripada semua pihak dalam gerakan itu.

"Kami juga mahu siasatan telus terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB),” Khalid dipetik berkata.

Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata, pilihan raya umum (PRU) akan diadakan dalam tempoh itu, selepas pembentukan kerajaan peralihan, untuk menamatkan kerajaan sementara.

"Itu cara kita persetujui.

"Jika mahu kerajaan sekarang dibubarkan dan adakan pilihan raya umum berdasarkan kepada undang-undang sedia ada, sukar untuk kita menang walaupun rakyat masih marahkan kerajaan.

"Sebaliknya, tindakan itu boleh beri kelebihan kepada BN,” katanya. – 7 Mac, 2016.

1 comment:

  1. Habis2 cerdik jadi PANdir...sure cikdet.setuju punya ni...cadangan bernas.dr PANdir...but once cikdet dh dpt apa.yg dia nak...baru tau politik kerala...hahaha...pandir..pandir

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa