Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, March 18, 2016

KM P Pinang jemput YB Shabudin bersemuka

ISU TUDUHAN RASUAH DALAM PEMBELIAN RUMAH RM2.8 JUTA: KETUA MENTERI P PINANG JEMPUT YB SHABUDIN BERSEMUKA

Jemputan telah dihebahkan dalam sidang media dan surat juga telah difakskan serta akan dihantar sendiri ke rumah dan pusat khidmat Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu yang juga merupakan Pengerusi PERDA. Perjumpaan bersemuka secara satu sama satu bagi "mencari kebenaran daripada fakta" dirancang untuk diadakan dihadapan wartawan di tingkat 28 KOMTAR jam 11 pagi Ahad 20 Mac ini.

Menurut YAB KM "daripada perjumpaan satu sama satu ini, rakyat Malaysia boleh menilai sendiri siapakah yang bercakap benar, siapa yang bersih dan siapa yang membuat serangan liar, tidak bertanggungjawab dan serangan peribadi yang tidak berasas". Sekian.

MEJAR ZAIDI
Pegawai Penerangan
Pejabat KM Pulau Pinang
*Harap tolong sebarkan demi kebenaran. Tksh

1 comment:

  1. ini serupa jemputan utk debat...

    kalau benar, mesti berani terima...

    kalau takut, lain kali diam...

    jgn guna org lain utk batalkan debat ini...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa