Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, March 13, 2016

Lagi dongeng MH370........

Serpihan pesawat disyaki MH370 dijumpai remaja dari Afrika Selatan
Serpihan pesawat disyaki MH370 dijumpai remaja dari Afrika Selatan
Reuters turut melaporkan, dengan kerjasama pihak penguatkuasa Malaysia dan wakil dari Boeing Co., cebisan pesawat yang dijumpai oleh Lotter akan dihantar ke pasukan yang sama di Australia. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Seorang remaja dari Afrika Selatan telah menjumpai serpihan yang dipercayai dari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang dari radar dua tahun lalu, menurut Jabatan Penerbangan Awam Afrika Selatan (SACAA) pada Jumaat.

Memetik laporan agensi berita Reuters, Liam Lotter, 18 telah melaporkan mengenai penemuannya kepada stesen radio, South Africa’s East Coast di sebuah pantai di bandar Mozambique sewaktu sedang bercuti bersama keluarganya Disember lalu. Mereka kemudian membawa pulang serpihan itu ke kediaman mereka di Afrika Selatan.

Lotter berkata, beliau hanya menyedari tentang perihal itu selepas penemuan cebisan dari pesawat malang itu di Mozambique baru-baru ini. Logam putih berukuran satu meter yang dipercayai berfungsi sebagai penstabil mendatar pesawat Boeing 777 itu, kini sudah berada di Australia untuk dianalisa bagi pengesahan lanjut.

Reuters turut melaporkan, dengan kerjasama pihak penguatkuasa Malaysia dan wakil dari Boeing Co., cebisan pesawat yang dijumpai oleh Lotter akan dihantar ke pasukan yang sama di Australia.

“Kami sedang dalam usaha untuk mengambil cebisan tersebut untuk dihantar ke pihak berwajib yang dilantik oleh kerajaan Malaysia di Australia,” jurucakap SACAA Kabelo Ledwaba dipetik sebagai berkata.

Penerbangan MH370, membawa 239 penumpang dan anak kapal, hilang daripada radar semasa dalam perjalanan ke Beijing dari Kuala Lumpur pada 8 Mac, 2014.

Pesawat itu masih belum ditemukan walaupun operasi mencari besar-besaran dilaksanakan di selatan Lautan Hindi, tempat pesawat itu dipercayai berakhir selepas melencong daripada laluan asal.

Pada Julai tahun lepas, sekeping flaperon ditemukan terdampar di pantai Pulau Reunion, Perancis dan pada 6 Ogos tahun lepas, Perdana Menteri Malaysia  Datuk Seri Najib Razak mengesahkan ia daripada pesawat MH370.

Pada hari ulang tahun kedua insiden tersebut 8 Mac lalu, Pasukan Penyiasat Annex 13 Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) telah mengeluarkan kenyataan interim berhubung kehilangan pesawat itu.
Ketua Penyiasat Datuk Kok Soo Chon berkata, laporan akhir berhubung kehilangan pesawat itu akan disiapkan sekiranya pesawat dijumpai atau sekiranya misi pencarian pesawat berkenaan ditamatkan, yang mana lebih awal. - video di sini

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa