Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, March 15, 2016

Mahathir buat lawak atau nyanyuk: Sape nak gali kubur sendiri?

Jika Najib menang pungutan suara, saya henti desak Najib letak jawatan, kata Mahathir
 | MALAYSIA DATELINE
Tun Mahathir MohamadTun Mahathir MohamadKerajaan dicadangkan agar mengadakan satu pungutan suara di mewakili pengundi di negara ini untuk menyatakan sokongan mereka terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak  atau menyokong pendirian Tun Mahathir Mohamad  yang  mendesak Najib  melepaskan jawatan.
Mahathir dalam entri terbarunya petang ini berkata,dengan adanya pungutan suara itu (referendum) ia amat berguna untuk menunjukkan bagaimana dirinya (Tun Mahathir) adakah melakukan tindakan yang salah kerana mendedahkan skandal kewangan seorang perdana menteri.
"Hanya satu soalan yang mudah sudah memadai: Najib (betul), Mahathir (salah) atau sebaliknya bergantung kepada siapa yang anda sokong. Rakyat Malaysia sudah biasa dengan mengundi.
"Referendum ini perlu dijalankan oleh sebuah syarikat asing yang boleh dipercayai diselia oleh wakil-wakil daripada kedua-dua pihak berkenaan.
"Saya memberi jaminan bahawa jika Najib menang dalam referendum itu, saya akan berhenti desak beliau meletakkan jawatan.
"Saya tidak akan berkata apa-apa lagi mengenai 1MDB, 2.6 bilion ringgit dan rumah-rumah besar di UK, Amerika Syarikat dan Hollywood atau "Wolf of Wall Street" filem lucah. Najib boleh terus menjadi PM Malaysia untuk hidup," ujarnya di dalam blognya hari ini.
Kata Mahathir lagi, tetapi sekiranya beliau mendapati banyak undian pungutan suara itu memihak kepda dirinya, ini bermakna rakyat menerima apa yang beliau tekankan iaitu mengenai salah laku membabitkan kewangan Najib.
"Jadi beliau perlu meletak jawatan. Dengan cara ini kita boleh menyelesaikan persoalan popular apa yang rakyat fikirkan mengenai skandal kewangan beliau," ujarnya.
Beliau  juga menyebut terdapat dikalangan penyokong Najib yang mahu beliau meletakkan jawatan di Proton dan Yayasan Kepimpinan Perdana.
"Kedua-duanya bukan milik kerajaan, dan menjadi halangan kepada kerajaan untuk mengenakan tindakan, tetapi perkara jahat boleh dilakukan seperti mengancam atau mengugut untuk memufliskan Proton atau menganggu orang-orang yang membangunkan yayasan perdana supaya saya akan dibuang," ujarnya.
Tun Mahathir mengumumkan beliau keluar daripada Umno untuk kali kedua pada 29 Febuari lalu. Setelah itu pada 4 Mac beliau mengetuai Deklarasi Rakyat  bersama 57 lagi individu yang didokongi di kalangan pemimpin pakatan pembangkang, NGO dan ahli  Umno yang mendesak agar  Najib melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri sebelum Pilihanraya Umum Ke 14.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa