Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, March 14, 2016

Menjawab ucapan Haji Hadi di dalam Parlimen....

Yang ni aku cnp dari group WhatsApp........

Tulisan ini diterbitkan semula untuk menjawab ucapan Haji Hadi di dalam Parlimen....

KEZALIMAN MEMUTUSKAN SILATURRAHIM ADALAH SATU KEFASADAN.... LALU ALLAH HUKUM MEREKA DENGAN PERPECAHAN.

الَّذِينَ يَنْقُضُونَ عَهْدَ اللَّهِ مِنْ بَعْدِ مِيثَاقِهِ وَيَقْطَعُونَ مَا أَمَرَ اللَّهُ بِهِ أَنْ يُوصَلَ وَيُفْسِدُونَ فِي الْأَرْضِ ۚ أُولَٰئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ

(Iaitu) orang-orang yang merombak (mencabuli) perjanjian Allah sesudah diperteguhkannya, dan memutuskan perkara yang disuruh Allah supaya diperhubungkan, dan mereka pula membuat kerosakan dan bencana di muka bumi. Mereka itu ialah orang-orang yang rugi.

Suatu masa dahulu UMNO sangat kuat menzalimi manusia....

Mereka putuskan hubungan keluarga Memali 1982, mereka tanggung akibat berpecah 1987. 1988 UMNO diharamkan.... 1990 PAS dapat Kelantan....

Mereka zalimkan DSAI (yang banyak buat kerja ISLAH rakyat dari dalam UMNO) pada 1998, 1999 PAS dapat Terengganu.

2004 PAS kalah di Terengganu kerana PAS tak boleh diharapkan untuk membuat kerja-kerja ISLAH di Terengganu.... Yang diwar-warkan, kononnya ada.... Yang ambil kesempatan pun banyak juga. Kekayaaan untuk kepentingan peribadi.

Pada 2008, Apabila team kebenaran  BERSATU (PAS, PKR dan DAP) mereka dapat KEMENANGAN TAK DISANGKA... Dapat perintah lima negeri.

Tatkala itulah keluarnya idea nak berUG dengan UMNO secara gelap dari ulamak PAS . Utusan demi utusan dihantar dalam 'gelap' untuk menjayakan konsep UG. Alhamdulillah berjaya digagalkan.

Selepas digagalkan mereka tidak duduk diam. Mereka mulakan jarum indoktrinasi melalui program tarbiyah. Mereka gunakan 'hantu'  El-Haraki, Tok Usin dan banyak lagi untuk menolak pemimpin yang kuat berusaha untuk ISLAHKAN KEHIDUPAN RAKYAT.

Tidak cukup dengan fitnah pembohongan, mereka keluarkan pula pelbagai LABEL LABEL KUFUR untuk golongan pembaharuan ini.

Akhirnya mereka dapat apa yang mereka cita-citakan... Namun begitu, HARGA YANG MEREKA TERPAKSA BAYAR IALAH PERPECAHAN. PAS PECAH LALU TERTUBUHLAH AMANAH.

2008 - 2012, PAS tidak menghargai kemenangan di Kedah. Akhirnya diambil kembali nikmat kemenangan tersebut  kerana Allah SWT tidak mahu nama baik islam dirosakkan oleh orang agama. Boleh rujuk daripada AJK yang telah menubuhkan Parti Amanah.

Kebelakangan ini UMNO di bawah kepimpinan Dato Najib, sewenang-wenangnya menggunakan harta rakyat untuk kepentingannya dan kroninya.

* Hutang negara bertambah mendadak
* Institusi Kehakiman dirosakkan
* Institusi Polis dipergunakan
* Institusi Parlimen digunakan untuk membuat undang-undang DRAKONIAN.
* Institusi Pendidikan diperniagakan sehingga hilang makna makna PENDIDIKAN...  Bagaimana akhlak keluaran institusi ini.
* Institusi kewangan negara spt Tabung Haji, KWSP,  LTAT, FELDA dan banyak lagi dipergunakan untuk mengkayakan peribadi.... Yang terbaru ialah YAPEIM.
* menandatangani TPPA... Menjual negara kepada negara luar.
* Pelbagai kenaikan Cukai spt GST, harga barang, TNB, tol dan bnyk lagi.

Tidak cukup dengan itu, FITNAH PEMBOHONGAN digunakan untuk menutup segala kebejatan diri mereka. Instrumen polis dan mahkamah digunakan untuk menutup mulut mulut pembawa kebenaran...

* DSAI difitnah hingga mendekam di dalam penjara.
* Bagaimana dengan pembunuhan Altantuya?
* Bagaimana dengan kematian Bala?
* Bagaimana dengan kematian pengasas AmBank?  Kenapa dakwaan anaknya tidak diberi perhatian?
* Bagaimana dengan kematian Morais?


Berapa banyak pemutusan silaturrahim yang berlaku??

Yang terbaru ialah perpecahan dalaman UMNO dengan isu Tan Sri Muhyiddin Yasin

Mereka mahu pecah maka, Allah SWT mudahkan segala kehendak mereka. UMNO dan PAS berpecah kerana tidak BERTAQWA MENJAGA HUBUNGAN SILATURRAHIM

Sekarang ni, UMNO yang berpecah sedang mempergunakan (baca mengkudakan) PAS yang telah berpecah. Kelantan berada dalam ancaman jatuh ke tangan UMNO.

Adakah perpecahan mereka membuatkan mereka semakin kuat....  Ya, mereka semakin kuat menekan dan menzalimi orang lain. Demikanlah cara bagaimana mereka nak mengekalkan kekuatan mereka.

Apa yang tidak mereka sedari, perpecahan ini dimudahkan oleh Allah SWT.... Adakah ianya istidraj?

وَلَا يَحْسَبَنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا أَنَّمَا نُمْلِي لَهُمْ خَيْرٌ لِأَنْفُسِهِمْ ۚ إِنَّمَا نُمْلِي لَهُمْ لِيَزْدَادُوا إِثْمًا ۚ وَلَهُمْ عَذَابٌ مُهِينٌ

Dan jangan sekali-kali orang-orang kafir menyangka bahawa Kami membiarkan (mereka hidup lama) itu baik bagi diri mereka; kerana sesungguhnya Kami biarkan mereka hanyalah supaya mereka bertambah dosa (di dunia), dan mereka pula beroleh azab seksa yang menghina (di akhirat kelak).
# Kafir ini ialah mereka yang kufur kepada nikmat Allah. Bukan kafir yang selalu dinyatakan di dalam kitab feqah.

Di antara hukuman tambahan, Allah SWT jadikan mereka yang suka berpecah ini SALING TOLONG MENOLONG di dalam perpecahan.

PERHATIKAN...  !!!

Sebagai penutup, suka saya memesan kepada semua saudara melayu islam saya... sokongan kita kepada UMNO dan PAS tidak menjadikan kehidupan kita semakin baik.... fenomena pemutusan silaturrahim ini akan berpanjangan hingga ke dalam keluarga kita  selagimana kedua mereka ini dibiarkan berbuat sesuka hati menzalimi hak hak manusia yang telah dijamin oleh Allah SWT.

TEPUK DADA TANYALAH IMAN....

وَلَا تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ مِنْ أَوْلِيَاءَ ثُمَّ لَا تُنْصَرُونَ

Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.

 وَالَّذِينَ يَنْقُضُونَ عَهْدَ اللَّهِ مِنْ بَعْدِ مِيثَاقِهِ وَيَقْطَعُونَ مَا أَمَرَ اللَّهُ بِهِ أَنْ يُوصَلَ وَيُفْسِدُونَ فِي الْأَرْضِ ۙ أُولَٰئِكَ لَهُمُ اللَّعْنَةُ وَلَهُمْ سُوءُ الدَّارِ

Dan (sebaliknya) orang-orang yang merombak (mencabuli) perjanjian Allah sesudah diperteguhkannya dan memutuskan perkara-perkara yang disuruh oleh Allah supaya dihubungkan, serta mereka pula membuat kerosakan dan bencana di muka bumi, - mereka itu beroleh laknat, dan mereka pula beroleh balasan hari akhirat yang seburuk-buruknya.

KETAHUILAH ! ULUL ALBAB TIDAK BUTA KEBENARAN. DI ANTARA SIFAT MEREKA ADA DI DALAM AYAT DI BAWAH.

أَفَمَنْ يَعْلَمُ أَنَّمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ مِنْ رَبِّكَ الْحَقُّ كَمَنْ هُوَ أَعْمَىٰ ۚ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُولُو الْأَلْبَابِ

Maka adakah orang yang mengetahui bahawa Al-Quran yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu (wahai Muhammad) perkara yang benar, sama dengan orang yang buta matahatinya? Sesungguhnya orang-orang yang mahu memikirkan hal itu hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.

الَّذِينَ يُوفُونَ بِعَهْدِ اللَّهِ وَلَا يَنْقُضُونَ الْمِيثَاقَ

(Iaitu) Orang-orang yang menyempurnakan perjanjian Allah dan tidak merombak (mencabuli) perjanjian yang telah diperteguhkan itu;

وَالَّذِينَ يَصِلُونَ مَا أَمَرَ اللَّهُ بِهِ أَنْ يُوصَلَ وَيَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ وَيَخَافُونَ سُوءَ الْحِسَابِ

Dan orang-orang yang menghubungkan perkara-perkara yang disuruh oleh Allah supaya dihubungkan, dan yang menaruh bimbang akan kemurkaan Tuhan mereka, serta takut kepada kesukaran yang akan dihadapi semasa soaljawab dan hitungan amal (pada hari kiamat);

وَالَّذِينَ صَبَرُوا ابْتِغَاءَ وَجْهِ رَبِّهِمْ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَنْفَقُوا مِمَّا رَزَقْنَاهُمْ سِرًّا وَعَلَانِيَةً وَيَدْرَءُونَ بِالْحَسَنَةِ السَّيِّئَةَ أُولَٰئِكَ لَهُمْ عُقْبَى الدَّارِ

Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredaan Tuhan mereka semata-mata, dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka; dan mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat;

ULAMAK SEPATUTNYA MENJADI ULUL ALBAB TETAPI NAMPAKNYA BERSEKONGKOL / MEMPERTAHANKAN  MEREKA YANG ZALIM

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa