Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, March 12, 2016

Pengganti Zeti sudah dicadangkan

BNM sudah kemuka cadangan pengganti Zeti
BNM sudah kemuka cadangan pengganti Zeti
Kerajaan akan membuat keputusan sebelum menyerahkan nama calon gabenor bank pusat yang dipilih kepada yang Dipertuan Agong dalam tempoh terdekat. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ahli lembaga Pengarah Bank Negara Malaysia sudah memberi senarai calon pengganti Gabenor Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz kepada kerajaan.

Menurut Zeti, kerajaan akan membuat keputusan sebelum menyerahkan nama calon yang dipilih kepada Yang Di-Pertuan Agong dalam tempoh terdekat.

"Kami telah memberi cadangan dan kerajaan akan mengambil keputusan dan menyerahkan nama tersebut kepada yang Dipertuan Agong. Harap bersabar, nama pengganti bakal diumumkan," ujar Zeti kepada pemberita ketika ditemui di Forum Global Wharton 2016 dekat sini, hari ini.

Namun, nama dua calon yang sering disebut bakal menggantikannya termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Timbalan Gabenor, Datuk Mohamed Ibrahim.

Selain dua individu tersebut, calon lain yang turut tersenarai ialah Duta Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Awang Adek Hussin, Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah dan Timbalan Gabenor, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus.

Zeti mula menerajui Bank Pusat itu sejak 16 tahun lalu.

Sementara itu, mengulas mengenai lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Bank Negara pada Khamis, Zeti berkata ia merupakan taklimat yang dilakukan bank pusat berkenaan sebelum laporan tahunan.
"Kami selalunya mengadakan taklimat sebelum laporan tahunan. Ia merupakan taklimat selama dua jam, " ujar beliau.

Tambah Zeti, pertemuan dengan Perdana Menteri pada Khamis membangkitkan beberapa perkara termasuk isu polisi, daya tahan ekonomi semasa dan masa hadapan.

1 comment:

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa