Pengumuman

Mulai esok (11 Julai 17) blog ini tidak akan diupdate Oleh kerana blog ini dan blog yang satu lagi mengandungi bahan yang sama, saya rasa adalah wajar untuk menghidupkan satu blog sahaja iaitu mountdweller88 untuk dilayari dengan mudah tanpa gangguan insya Allah Saudara/saudari persilakan ke - mountdweller88.blogspot.com

Friday, March 11, 2016

Ragu pada kekuatan sendiri: Hakikatnya adakah PAS kuat?

Pas lebih kuat jika bersendirian
WARTAWAN SINAR HARIAN - 11 MAC 2016
Prof Dr Mohd Fuad Mat

SHAH ALAM - Pas tidak perlu menubuhkan satu pakatan pembangkang baharu kerana parti itu sebenarnya sudah memiliki kekuatan tersendiri tanpa perlu bergabung dengan mana-mana parti.

Penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr Mohd Fuad Mat berkata, tindakan Pas mahu membentuk blok politik ketiga hanya akan membuatkan parti itu kelihatan lemah.

“Mungkin akan ada yang menganggap Pas takut bergerak sendiri apabila tidak menyertai Pakatan Harapan. Sedangkan sebelum masuk PR, Pas terbukti berjaya menjuarai isu semasa dan memperjuangkan Islam secara sendirian.

“Pada tahap ini, Pas tidak perlu memikirkan untuk bergabung sebaliknya perlu memantapkan perjuangan mereka. Malah, dengan pelbagai isu melanda Umno dan Pakatan Harapan sekarang, Pas menjadi alternatif parti politik pilihan rakyat,” katanya.

Beliau berkata, Pas  perlu fikir keperluan mereka bergabung dengan parti lain membentu blok ketiga, sama ada untuk pilihan raya atau tujuan lain.

“Jangan hanya kerana DAP, Amanah dan PKR tubuh Pakatan Harapan, Pas pun nak buat pakatan. Adakah Pas rasa hanya dengan bergabung dapat kalahkan Pakatan Harapan?

“Pas kena lihat suara akar umbi, adakah mereka suka Pas bekerjasama dengan pakatan lain? Sejarah juga  membuktikan Pas boleh bersendirian, namun sering gagal apabila bergabung dengan parti lain,” katanya.

Bagaimanapun, Mohd Fuad berkata, jika parti itu tetap meneruskan hasrat itu berkemungkinan besar Pas akan memilih parti atau NGO yang memperjuangkan Islam

4 comments:

  1. omno ada kekuatan sendirikah tanpa bersekutu dengan kutu kutu
    pas saja nak buat cerita pasai bergabung ni sebab tak kan sampai kemana pun
    hanya pas yang nak hukum hukum Allah dilaksanakan
    yang lain mengelat macam puak kapir

    ReplyDelete
  2. ape cerita nya ni...
    bekerjasama dengan umno pada masa yg sama nak melawan umno..
    pelik sungguh la

    ReplyDelete
  3. Kini sudah semakin terserlah agenda Pas untuk PRU14.Pas sebenarnya telah dikuasai oleh tangan2 ghaib utk memastikan kedudukan UMNO-BN dlm keadaan selesa.
    Beberapa agamawan UMNO telah menyeludup masuk dalam pimpinan PAS hari ini dan mereka telah mencorakkan PAS ke satu aliran yg tidak disedari oleh ahli2.
    Mengujudkan satu lg blok pembangkang adalah utkk memberi laluan mudah kpd BN menang selesa bg PRU14.
    Pucuk pimpinan atasan PAS hari ini selesa dgn keistimewaan yg diberi oleh UMNO kpd mereka atas nama ukhwah umat Islam di Msia.
    Sebelum ini ketika UMNO kuat, apa yg tidak dikatakan kpd PAS.
    Saya berasa terpanggil utk menasihat ahli2 PAS supaya berfikir kenapa pucuk pimpinan bertindak sedemikian.Allah menganugerahkan akal utk kita berfikir dan jgn kita dipersoal oleh Allah kelak diakhirat krn membuat tindakan tanpa menggunakan akal.

    ReplyDelete
  4. Sayang teramat sayang kerana sikit benar ahli-ahli pas yg dapat berfikir. Majoriti ahli-ahli adalah jenis pak turut, terutamanys ingin menjadi tunggangan para ostad-ostad yg merasakan diri mereka hebat

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa