Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, March 19, 2016

Yang ni kena tanya juga Azmin

PH tidak berminat bekerjasama dengan PAS-IKATAN – LGE

March 19, 2016
Kemelut antara DAP dan PAS sebelum ini membuatkan rakan komponen PH hilang kepercayaan.
Lim-Guan-Eng11GEORGE TOWN: Pakatan Harapan tidak berhasrat menjalin sebarang kerjasama dengan blok baharu pembangkang antara PAS dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) bagi menghadapi pilihan raya negeri Sarawak.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng ketika menegaskan perkara itu berkata asas kerjasama dengan PAS sudah tidak wujud lagi apabila parti itu tidak berpegang kepada prinsip dan hala tuju pakatan pembangkang.
Katanya untuk menjadi rakan sekutu apa yang penting adalah kepercayaan antara satu sama lain, namun kemelut yang berlaku antara DAP dan PAS sebelum ini membuatkan DAP hilang kepercayaan kepada bekas rakan sekutunya itu.
“Saya rasa susah untuk (bekerjasama dengan) PAS dan Ikatan kerana mereka menunjukkan mereka lebih mirip kepada UMNO dan Barisan Nasional. Kenyataan yang mereka buat tidak konsisten.
“Saya rasa asas kerjasama sudah tidak wujud lagi iaitu kepercayaan … yang penting ialah apa yang anda setuju dalam mesyuarat mesti berpegang di luar. Apabila ini tidak dilaksanakan sukar bila tidak ada kepercayaan antara satu sama lain,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan alat Defibrilator Luaran Automatik (AED) di Taman Botani, di sini Sabtu.
Lim berkata demikian ketika ditanya sama ada Pakatan Harapan yang dianggotai DAP, PKR dan Parti Amanah Negara akan bekerjasama dengan gabungan PAS-Ikatan bagi menghadapi pilihan raya negeri Sarawak nanti.
Pada Rabu lepas, PAS mengumumkan penubuhan permuafakatan baharu bersama Ikatan sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14.
– BERNAMA
# yang berlidah biawak juga boleh berkawan dengan kumpulan biawak

1 comment:

  1. bukan DAP saja yg tak percaya dgn paih, org yg dlm paih pun ramai dah xpercaya........Boleh lak tu buboh nama Azmin semasa krisis mb s'ngor.......cadang TRH jadi PM dan berbagai lagi. Paih parti haprak, main2 dgn hudud.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa