Saturday, May 7, 2016

Adakah SPRM dan SPR bertindak?

Tarikh :     4 Mei 2016

KEPADA :

DATUK SERI MOHD HASHIM BIN ABDULLAH,
Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR),
No.2, Jalan P2T, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62100 PUTRAJAYA
Email :hashim@spr.gov.my

TAN SRI ABU KASSIM MOHAMMED,
Ketua Pesuruhjaya SPRM,
Ibu Pejabat SPRM,
Blok D6, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
Peti Surat 6000, 62007 Putrajaya.
Email : info@sprm.gov.my

Tuan ;

SALAH GUNA KUASA DAN PERLANGGARAN  'AKTA KESALAHAN PILIHANRAYA 1954 (AKTA 5)' & AKTA SPRM 2009 OLEH PENGERUSI DAN TIMBALAN PENGERUSI BARISAN NASIONAL  DALAM PILIHANRAYA NEGERI SARAWAK 2016 (KE 11)

Perkara di atas dirujuk, saya BADRUL HISHAM BIN SHAHARIN bagi pihak Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) selaku rakyat Malaysia dengan ini ingin mengajukan aduan ke atas Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional yang jelas telah melanggar / membuat kesalahan berikut ;

1.       Rasuah dan ugutan melanggar Akta Pilihanraya 1954 (akta 5) seksyen 9 dan seksyen 10
2.       Menawar atau memberi suapan di bawah seksyen 17 (b) Akta SPRM 2009;


Ahmad Zahid Hamidi, selaku Timbalan Pengerusi Barisan Nasional cuba merasuah dan mengugut pengundi selepas menawarkan peruntukan sebanyak RM500,000 kepada sebuah sekolah jika BN menang di kawasan itu. Ini jelas satu rasuah serta ugutan dan dilaporkan dalam perbagai media secara meluas.

Ahmad Zahid ketika berucap di Miri juga mengumumkan peruntukan sebanyak RM1 juta bagi dua buah sekolah dalam kawasan Pujut.

Bagaimanapun, beliau berkata sekolah lain dalam kawasan Senadin akan mendapat RM500,000 jika BN menang pilihan raya itu.

Sehari sebelum pengundian awal pula Ahmad Zahid  telah mengumumkan RM250,000 untuk kem PGA di Sarawak sebagai ransangan untuk menyokong calon Bn. Ini termasuk bantuan masing-masing RM100,000 untuk tempat ibadat Islam dan Kristian dan RM50,000 untuk persatuan anggota keluarga polis Perkep.

Manakala Najib melanggar peraturan dengan menjanjikan peruntukan sehingga RM54.3 juta untuk sambungan dan menaik taraf sistem perpaipan ketika berada atas pentas kempen Pilihanraya yang jelas mengugut jika Barisan nasional kalah maka tidak aka nada projek tersebut.

Yang dinyatakan hanya sebahagian dari taktik sogokan dan ugutan yang digunakan oleh BN.
Saya bagi pihak Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) melihat PRN Sarawak ini merupakan kemuncak kematian demokrasi dan ia perlu campur tangan badan pendiri integriti Negara seperti SPR dan SPRM itu secara serius jika tidak Malaysia akan terus terjerumus jauh ke arah kehancuran maruah dan integritinya.

SPR dan SPRM harus menyatakan pendirian awal segera dan perlu menjalankan siasatan dan pendakwaan atas perkara ini.

Itu belum lagi menyebut mengenai bagaimana Adenan Satem (Pengerusi Barisan Nasional Sarawak) menyalah guna kuasa selaku pemangku Ketua Menteri menggunakan hak negeri ke atas Imigresen bertindak bacul dan penakut mengharamkan serta menghadkan kemasukan pemimpin parti lawan serta aktivis NGO. Saya sendiri dihalau balik sebaik sahaja tiba di Sibu 1 Mei lepas.

SAMM akan melaporkan kemusnahan demokrasi dalam PRN Sarawak kali ini ke beberapa badan dunia dan respon segera SPR dan SPRM kami perlukan bagi dimasukkan dalam laporan kami nanti.

Sekian dan terima kasih.

BADRUL HISHAM SHAHARIN (che’GuBard)
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

2 comments:

  1. Nak bertindak...tunggu moyang mereka balik dari kubur...

    ReplyDelete
  2. Klu nak bertindak suruh DAP, PKR atau Amanah buat perkara2 yg tersebut dlm artikel tu. Jamin dia akan bertindak.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa