Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, May 6, 2016

Husam dipecat dan kenyataan tidak rasmi Husam

TINDAKAN  TATATERTIB KE ATAS YB. DATO’ HAJI HUSAM BIN  HAJI MUSA

DENGAN ini dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Tatatertib PAS telah meneliti aduan salah laku terhadap YB. Dato’ Haji Husam bin Haji Musa dan setelah mempertimbangkan kes ini dari semua aspek serta setelah mengambil kira kepentingan Parti dan perjuangannya, maka Jawatankuasa  Tatatertib PAS yang bersidang pada 23 April 2016 mendapati YB. Dato’ Haji Husam bin Haji Musa melakukan tindakan dan perbuatan yang bersalahan dengan Fasal 82(1)(b), (c), (d), (e) dan (f), Perlembagaan PAS, maka Jawatankuasa Tatatertib dengan sebulat suara bersetuju:

“Berdasarkan peruntukan Fasal 82(6)(d) Perlembagaan PAS (Pindaan 2011), Jawatankuasa Tatatertib PAS membuat keputusan mengambil tindakan tatatertib ke atas  YB. Dato’ Haji Husam bin Haji Musa, iaitu “MEMECAT DARI MENJADI AHLI PAS BERKUATKUASA PADA HARI KEPUTUSAN (23/4/2016)”

DR SANUSI DAENG MARIOK
Pengerusi
Jawatankuasa Tatatertib PAS – HARAKAHDAILY 6/5/2016

Kenyataan Husam

BULAN REJAB & MASA DEPAN PERJUANGAN SAYA

Di pagi Juma'at yang agung dan mulia, di akhir bulan Rejab yang mengandung pelbagai rahsia Ilahi, se hari selepas peristiwa Isra' dan Mi'raj yang penuh dengan pelajaran bagi orang Islam dan pejuangnya yang telah dijalani oleh Nabi berakhlak mulia - hati saya tengah pilu merenung peristiwa kehilangan heli di Sarawak - ketika tiba-tiba telefon saya tak putus-putus berdering.

Menerusi whatssap dan sms, saya dikhabarkan oleh sumber-sumber tidak rasmi, saya telah dipecat dari Pas pada hari ini.

Tanpa saya sedari, air mata saya menitis. Sebak bercampur pilu.

Di tahun 1982, saya menyertai Pas dan seperti kebanyakan anak muda mana jua - dulu dan kini - mereka serahkan se penuhnya jiwa raga pada apa yg mereka fikirkan sebuah perjuangan suci - membawa obor Islam menerangi kehidupan - termasuk bernegara.

Islam yang komprehensif atau syumul, termasuk hak untuk menegur, mengkritik dan bersuara kepada para pemimpin selagi mana teguran itu adalah berasaskan kebenaran dan kejujuran. Seperti bebasnya Saiyidina Abu Bakar, Umar dan pemimpin agung Islam yang lain ditegur dan dimuhasabah, hatta oleh rakyat kerdil sekali pun.

Semak dan imbang seperti janji Pas dalam PRN Sarawak sekarang.

Namun, saya hanya insan kerdil.

Jika Nabi yang agung pun dilanda sejuta penderitaan dan itu lah latar untuk baginda dihiburkan dgn di Mi'rajkan menemui Kekasihnya di Sidratul Muntaha - usah lah engkau terlalu bergundah hati.

Mungkin ada hikmah yg sedang menanti.

Apa yang telah berlalu, moga kekal dalam simpanan Ilahi dan tidak perlu diungkit lagi.

Kepiluan yang engkau jalani, sangat kecil berbanding pejuang lain.

Kepada kawan dan teman serta rakan media, suka saya nyatakan di sini, saya hanya akan mengeluarkan kenyataan rasmi selepas saya mendapat pemakluman rasmi mengenai tindakan yang diambil ke atas saya.

Sehingga waktu ini, saya belum menerima pemakluman rasmi mengenainya.

Untuk itu, saya tetap akan hadhir pada mesyuarat agung Pas Kawasan Kubang Kerian yang dijadualkan esok.

Semoga Sya'ban dan Ramadhan meningkatkan lagi ketaqwaan dan kejayaan perjuangan kita dan idealisme Islam yang didokong selama ini.

Moga Allah sentiasa membimbing kita semua.

Sekian. Terima kasih.

Husam Musa
Jumaat
28 Rejab 1437
6 Mei 2016

3 comments:

  1. Jangan engkau bersedih Husam.........bukan keluar jemaah islam......kita istiqomah dlm memperjuangkan tuntutan Allah dan Rasulnya......move on, forward!

    ReplyDelete
  2. Kalau tgk sambutan ceramah2 pas di kelantan skg ni.. memang nahas parti pas kerna pecat husam..aku tgk blog2 yg pro yg PH bila ada artikal cerita pasal husam... mesti di bhg komen ada tulis...HUSAM BAKAL PM MALAYSIAJ. Adakah pemecatan husam ini salah satu lorong yg Allah lorongkan ke arah itu..?

    ReplyDelete
  3. YB harus bergumbira gumbira gumbira mcm presiden bila puak2 pro kena tendang.

    YB tak perlu lg berada dlm tong yg penuh dgn nanah busuk spt hasan porno al jermani, zuhdi, anak senik ular, musyid am yg jadi barua umno dll.

    YB harus berlapang dada dan bersyukur krn telah bebas dr kongkongan ulama2 jahat hubud dunya.

    pas adalah parti munafiq krn tak redha bukan Islam sbg pemerintah tp lantik org kristian jadi calon. tiada lg kedengaran HUDUD HUDUD HUDUD spt yg terjadi ketika muktamar lepas.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa