Friday, May 6, 2016

Pemuda Pas Kelantan ber'pulut kuning' Husam dipecat

Pemuda Pas Kelantan ‘lega’ Husam dipecat
RAZIATUL HANUM A.RAJAK - 6 MEI 2016
Ahmad Fadhli

SHAH ALAM – Pemuda Pas Kelantan menyatakan kelegaannya atas keputusan dibuat parti Islam itu yang akhirnya memutuskan memecat bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa. 

Ketua Pemudanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, pihaknya menyokong penuh keputusan Jawatankuasa Tatatertib Pas itu.

“Pemuda Pas Kelantan bersyukur kerana kemelut yang melanda parti dan kerajaan negeri akibat tindakan salah seorang wakil rakyat Pas di negeri ini, Datuk Husam Musa yang sering mengkritik parti dan kerajaan berakhir dengan tindakan pemecatan seperti yang diumumkan oleh Jawatankuasa Tatatertib Pas hari ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Hari ini, Jawatankuasa Tatatertib Pas mengesahkan memecat Husam setelah meneliti aduan salah laku terhadap Adun Salor itu dan mendapati beliau telah melakukan tindakan serta perbuatan yang menyalahi Fasal 82(1)(b), (c), (d), (e) dan (f), Perlembagaan Pas.

[ARTIKEL BERKAITAN: Pas pecat Husam Musa]

Husam sebelum ini dilihat lantang menyerang parti dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terutamanya dalam isu dakwaan kerjasama antara Pas dan Umno.

Dalam pada itu, Ahmad Fadhli mengajak semua ahli Pas untuk bekerja dan memperkukuhkan jentera parti di semua peringkat di Dun Salor.

“Tindakan ini juga tentunya merupakan satu pembebasan terhadap Datuk Husam Musa untuk bergerak melalui wadah yang dipilihnya sendiri,” katanya.

3 comments:

  1. Kikikikikik..
    Rakyat klate ado tok cukup make, pemimpin 2 berserbe penuh pitih..Isle ...hihihihi

    ReplyDelete
  2. Kikikikikik..
    Rakyat klate ado tok cukup make, pemimpin 2 berserbe penuh pitih..Isle ...hihihihi

    ReplyDelete
  3. Pulut kuning jugok lar. Tunggu lepah PRU 14 bilo pas aloh di kelate aku nok kelih puluk kala gappo puok2 bodo ni nok tanok. Aku beraso tok deng tanok puluk koho dok ghalik gelepar do deng do deng.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa