Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, May 6, 2016

Pecat Husam: Apa kata Mahfuz

Keputusan Jawatankuasa Tatatertib PAS yang dipengerusikan Dr Sanusi Daeng Mariok memecat keahlian bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa dari parti itu tidak mengejutkan kerana sejak sekian lama beliau sememangnya memusuhi Adun Salor, Kelantan itu.

Bekas ketua penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, beliau sudah menjangka dan tidak terkejut dengan keputusan yang diumumnkan hari ini.

"Saya sudah jangka dan tidak terkejut kerana Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib ini sudah prejudis kepada Husam sejak Husam masih naib presiden PAS lagi," kata Mahfuz.

Menurutnya, sewaktu pemilihan menjelang muktamar yang memecahkan PAS tahun lalu, Sanusi telah memberikan pelbagai signal kepada perwakilan agar menolak Husam dengan pelbagai lemparan dan dakwaan yang tidak sewajar dilakukan oleh beliau.

"Bila itu sudah lekat dalam hati... perbicaraan ini tidak sepatutnya diteruskan oleh beliau dan diserahkan kepada pihak lain untuk membicarakannya," kata Mahfuz, ahli parlimen Pokok Sena itu.

Bagi Mahfuz, tindakan ini sangat tidak baik kepada imej PAS kerana orang ramai akan membangkitkan soal intergriti ketua jawatankuasa ini.

"Hakim mahkamah biasa pun tidak akan meneruskan perbicaraan ini jika mendapati beliau ada kepentingan dengannya," kata Mahfuz.

Beliau yakin, keputusan ini akan mengundang kritikan dari pelbagai pihak.

Mahfuz juga mempertahankan tindakan Husam membuat kritikan secara terbuka terhadap kepimpinan PAS.

"Ia akan mengundang kritikan apatah lagi dalam dunia dan masyarakat yang berilmu sekarang. Ia sepatutnya menjadi muhasabah terbuka kerana kita tidak boleh pisahkan sebarang krikan terbuka dari ahli kepada parti di zaman serba terbuka sekarang," katanya.

Bagi beliau, keputusan ini akan menyebabkan masyarakat melihat PAS tidak ada beza dengan Umno.

"Umno hanya membuat keputusan gantung Tan Sri Muhyidin dari tugas selepas beliau membuat kritikan terbuka terhadap presidennya, Datuk Seri Najib," katanya.

Kata Mahfuz, beliau tidak nampak apa yang dibuat Husam untuk keburukan parti tetapi dengan tujuan untuk membaiki dan menyelamatkan partinya agar mempunyai intergriti di mata masyarakat.

Dalam pada itu, Mahfuz yakin, kenyataan beliau ini akan mendapat kritikan terbuka juga dari pelbagai pihak dalam PAS.

"Saya sedar komen saya akan mendapat kritikan terbuka dari pelbagai pihak dalam parti dan saya terbuka mendengarnya," kata Mahfuz yang sebelum ini turut menerima surat tunjuk sebab dari PAS Kedah kerana menyertai majlis Deklarasi Rakyat.

Namun PAS Kedah menerima penjelasan yang dibuat oleh beliau. - Md. Zaki

3 comments:

  1. Dslam PAS, mana ada adil..kononnya paksi serban dan kupiah yu wara la...hihihihiji...Isalam jenama PAS.

    ReplyDelete
  2. Mahfuz nak persoalkan keadilan lebai pas. Depa semua maksum. Lps ni sapa pula nak kena pecat

    ReplyDelete
  3. Akuu tak sk get pass LA GI sokong parties lain Pulaski.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa