Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, May 6, 2016

Pilihanraya atau pasar beli orang?

Assalamualaikum

Menjelang Prn Sarawak yang masih berbaki dua  hari lagi....rasuah politik makin berleluasa di Sarawak ketika ini.....dengan ada antara pengundi disogok sehingga rm2 ribu seorang dakwa LKS

Ketua ahli Parlimen Dap itu berkata.....di sebalik suasana " kegilaan " politik wang dan ugutan terhadap calon Dap.....Spr masih terus mengambil pendekatan "  tidak nampak....tidak dengar dan membisu ".....pengundi ambil saja yang diberikan tetapi hendaklah undi untuk ubah....dan demi generasi akan datang....kata beliau yang juga MP Gelang Patah itu

Ketika menteri2 Persekutuan dan Negeri.....melanggar peraturan pilihan raya dan mengumumkan peruntukan....dan kelulusan  pembangunan projek.....Spr langsung tidak menggerakkan usaha memastikan ....Prn itu dijalankan  secara adil....bebas dan bersih....tambahnya

Oleh itu saya menyimpulkan bahawa Spr telah  gagal...... menjalankan tugasnya untuk mengadakan pilihanraya yang  bebas....adil....bersih dan demokratik ujarnya.....BERSIH telah mengenal pasti 11 dakwaan kesalahan pilihanraya.....di Sibu yang didakwa turut melibatkan KM Sarawak TS Adenan Satem......dan 4 lagi calon daripada kedua2 belah pihak

Dalam laporannya....kumpulan itu menyenaraikan 11 dakwaan kesalahan....iaitu dakwaan rasuah pilihanraya.....dakwaan penyalahgunaan harta kerajaan untuk kegunaan peribadi.....bagi bertanding dalam pilihanraya.....dan meletakkan kempen dalam jarak 50 meter dari tempat mengundi

Antaranya calon berjanji untuk memberikan setiap penduduk.....rm500 sebelum pilihanraya....dan rm200 lagi selepas pilihanraya jika dia menang......dan dilihat memberi sampul kepada penduduk rumah panjang yang terbakar......yang dipercayai  mengandungi wang

Terdahulu pemimpin veteran Dap itu.....turut menyatakan kebimbangan parti itu yang tidak boleh bersaing dengan baik......dalam Prn Sarawak jika politik wang menjadi faktor penentu......

Jika pilihanraya Sarawak pada 7 Mei akan d putuskan oleh kuasa wang......ia akan menjadi bencana bagi Dap  Sarawak.....katanya.....mengulas lanjut LKS turut berkata.....pihaknya kini meragui sama ada pasukan Adenan.....atau pasukan PM DS Najib Razak yang bertanding dalam pilihanraya tersebut

Antara sebab keraguan itu ialah....Najib telah mengadakan mesyuarat kabinet di Sarawak.....kononnya bagi menyokong kepimpinan Adenan......tetapi menolak permintaan BN Sarawak.....untuk mendapatkan 20% royalti minyak.....

Kenapa Najib tidak menunggu sehingga 7 mei.....yang memberi berita buruk sedemikian kepada rakyat Sarawak.....?

Apakah  kini akhirnya terbukti bukan pasukan Adenan  dan cara Adenan...... tetapi pasukan Najib dan cara Najib jelasnya

Komen........

Kata arwah Tok Guru  Nik Aziz....." demo kasi pitih ( wang ) kawe (saya ) ambil....ambil je tapi jangan undi Be End

Layar Impian  5.52pm

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa