Kenyataan Media
SELAMAT HARI PEKERJA:TRANFORMASI NAJIB JADIKAN PEKERJA DAN RAKYAT MALAYSIA BURUH PAKSA 1 MALAYSIA.
1.Selamat hari pekerja saya ucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya kaum pekerja disemua sektor sama ada awam atau swasta,petani,nelayan,pekebun,penoreh,peneroka dan sebagainya.Anda semua adalah pekerja.Kaum pekerja adalah eliment utama yang tersangat penting dalam membangunkan negara.
2.Dengan sumbangan yang begitu besar kepada negara golongan pekerja jugalah yang terpaksa memikul beban kesan dari salah guna kuasa,penyelewengan,rasuah yang dilakukan pemimpin negara.Gaji yang tidak setimpal dengan kos perbelanjaan kini.Terbeban pula dengan GST,TOL,TAMBANG PENGANGKUTAN AWAM dan sebagainya yang di PAKSA bayar keatas pekerja dan rakyat seluruhnya.
RAKYAT MALAYSIA BURUH PAKSA MEMBAYAR HUTANG NEGARA
3.Hutang negara Yang kini mencecah RM834 Billion,jika faedah 4%-5% setahun pembayaran faedah pun sudah mencecah RM40-RM50 billion setahun. Ini tak termasuk bayaran pokok.
Apakah ini menampakan pendapatan negara dari GST pada kadar sekarang 6% tidak mampu lagi menanggung perbelanjaan negara kerana sebahagian besar pendapatan GST diguna untuk membayar faedah hutang .Apakah ini menunjukan kadar GST akan dinaikan pada masa yang akan datang.
4.Persoalannya sekarang ialah hutang hutang seperti hutang 1MDB adalah hutang yang langsung tidak membawa pulangan keuntungan kepada negara,walaupun hutang itu bertujuan untuk melabur.Hutang yang dibuat dan kemudiannya untuk tujuan melabur dan kini LEBUR sebenarnya adalah satu "SINDIKET PENIPUAN" yang terancang.
5.Yang pasti Tranformasi Najib menjadikan rakyat Malaysia yang merupakan kaum pekerja sebagai "BURUH PAKSA" untuk membayar hutang Najib.Kalau dulu Buruh paksa zaman Jepun untuk menyiapkan landasan keretapi.Kini Tranformasi Najib mengulagi dari zaman Jepun yang menyeksa rakyat dengan beban hidup GST,TOL,AES,TARIK SUBSIDI dan sebagainya.Dulu Negara sara rakyat sekarang "RAKYAT SARA NEGARA" dan kini menjadikan "RAKYAT MALAYSIA BURUH PAKSA BAYAR HUTANG PENIPUAN NAJIB PEMIMPIN NEGARA".
6.Rakyat Malaysia yang merupakan kaum pekerja mesti bangkit untuk PAKSA PEMIMPIN NEGARA khususnya NAJIB berundur dari jawatan Perdana Menteri dengan segera.Tranformasi Najib membebankan rakyat dan Negara.Kini tiba masanya kita melancarkan "TRANFORMASI RAKYAT TOLAK PEMIMPIN NEGARA".
#HidupPekerja
#UndurNajib
#SelamatkanMalaysia
DATO'HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
Taman Al-Walid Alor Setar Kedah
1 Mei 2016/23 Rejab 1437H.

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa