Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, November 9, 2016

Amanah mahu Malaysia diurus secara telus di bawah naungan Maqasid Syariah

Pimpin Malaysia Secara Maqasid Syariah
Published on Nov 8, 2016
KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) mahu Malaysia menjadi sebuah negara yang diurus secara telus di bawah naungan Maqasid Syariah bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Naib Presidennya, Hasanuddin Mohd. Yunus berkata, perkara itu adalah lebih penting daripada isu alas kaki berwarna hijau seakan-akan mirip bendera parti PAS.

“PAN lebih sibuk dengan agenda menyelamatkan negara. UMNO, Barisan Nasional (BN) dan sekutu baharunya perlu diturunkan dan dikalahkan melalui sistem demokrasi yang berjalan secara bersih,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Meskipun beliau tidak menyebut siapa sekutu baharu UMNO dan BN yang dimaksudkan, tetapi umum mengerti ia ditujukan ke atas PAS.

Hasanuddin bagaimanapun menyatakan kononnya beliau dukacita di atas kewujudan alas kaki mirip bendera PAS kerana ia satu penghinaan kepada PAS.

“Saya sangat dukacita sekiranya ia dikilangkan dengan tujuan untuk menghina mana-mana parti politik tanah air. Menghina dan mempermainkan logo parti lawan adalah sangat tidak profesional,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa